KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menggunakan dana simpanan di dalam Akaun 2 pemohon pengeluaran i-Citra.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjelaskan, sekiranya dana Akaun 2 tidak mencukupi, barulah pihaknya akan membenarkan pemohon mengakses Akaun 1.

BACA: PEMULIH: Pengeluaran i-Citra KWSP sehingga RM5,000, moratorium enam bulan - PM Muhyiddin

BACA SEMUA BERKAITAN PEMULIH DI SINI

"Jika anda lihat kepada pelaksanaan i-Citra, ia akan dikeluarkan menerusi Akaun 2 di mana ia merupakan akaun yang boleh diakses oleh ahli dalam siatusi tertentu seperti perumahan, perubatan, pendidikan atau sebagainya.

BACA: Jika tiada keperluan mendesak, jangan keluarkan simpanan KWSP - Penganalisis ekonomi

"Menerusi i-Citra, pengeluaran awal adalah daripada Akaun 2. Sekiranya ia tidak mencukupi - yang mana kami tahu situasi kini sangat genting, maka kami akan benarkan akses Akaun 1.

"Kami cuba mencari keseimbangan antara membantu ahli dan memastikan mereka ada dana persaraan yang mencukupi," katanya pada sesi perbincangan 'MIDF Conversations' secara maya, pada Khamis.

BACA: PEMULIH: Permohonan pengeluaran I-Citra KWSP dibuka 15 Julai

Jelasnya, keputusan untuk melaksanakan i-Citra adalah sesuatu yang sukar ekoran tujuan utama KWSP adalah untuk membantu ahli selepas persaraan.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan i-Citra di mana 12.6 juta ahli KWSP layak menikmati inisiatif terbabit.

Inisiatif di bawah Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) itu dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

Beliau berkata, ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000, dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan selama lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan semasa.

BACA: [KOLUMNIS] i-Citra: Patut guna rizab negara bantu rakyat, bukan sentuh duit KWSP