KUCHING: Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi Program i-Citra harus mengambil kira keperluan penting selain sekiranya keadaan mendesak.
Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Madya Dr Dayang Affifah Awang Marikan berkata bagaimanapun ia turut berbalik kepada tujuan pengeluaran wang persaraan tersebut khususnya bagi golongan yang memerlukan.
“Jika tiada keperluan, maka tidak perlulah bagi mereka ini untuk mengeluarkan wang dari KWSP, ia boleh digunakan masa tua.
“Namun jika ia dikeluarkan untuk tujuan pelaburan, pencarum perlu memikirkan kaedah serta risikonya,” kata ketika ditemui Astro AWANI pada Selasa.
Selain itu, beliau menasihati rakyat yang terjejas tidak terikut-ikut dengan tindakan mengeluarkan wang tersebut membuta tuli.
“Tujuan penggunaan sumber kewangan masa sekarang perlu seimbang dengan penggunaan kelak, dan hari bersara tidak harus diabaikan meskipun mempunyai peluang untuk mengeluarkan wang tersebut walau belum tiba masa sepatutnya (55 tahun),” katanya.
Menyedari situasi sukar yang akan dihadapi rakyat susulan pelanjutan PKP, Dr Affifah berkata pengeluaran wang KWSP bukan jalan keluar altenatif terakhir sebaliknya kerajaan masih ada sumber lain untuk membantu rakyat.
“Perlu ada inisiatif lain daripada kerajaan agar kebergantungan kepada wang KWSP ini tidak diteruskan kerana kita harus ingat bahawa wang KWSP ini adalah simpanan masa tua dan Malaysia sedang menuju ke arah ‘aging society’ pada tahun 2030,” ujarnya.
Kerajaan katanya mempunyai dana terkumpul yang boleh digunakan untuk membantu golongan B40 dan M40 yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pelan Pemulihan Negara (PEMULIH) yang mana Program i-Citra turut disenaraikan dalam inisiatif baharu itu.
Ahli KWSP boleh mengeluarkan RM5,000 dari akaunnya yang akan disalurkan secara berperingkat selama lima bulan.
Azizah Alwi
Tue Jun 29 2021
Beliau menasihati rakyat yang terjejas tidak terikut-ikut dengan tindakan mengeluarkan wang tersebut membuta tuli. - Astro AWANI
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
97 peratus mahu pengeluaran KWSP i-Citra maksima RM10,000 - Kajian
97 peratus daripada lebih 21,000 responden memerlukan pengeluaran wang skim I-Citra daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Tidak boleh bergantung kepada pengeluaran KWSP setiap kali bencana - Pakar
Naib Pengerusi Gerakan Keadilan Monetari Malaysia Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata pengeluaran KWSP akan menyebabkan simpanan persaraan pada hari tua berkurang.
KWSP bukan penyelesaian cabaran, simpanan masa tua juga sama penting - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul jawab desakan agar kerajaan benarkan pencarum KWSP yang terjejas banjir membuat pengeluaran sekali i-Citra sebanyak RM10,000.
PEMULIH: Pengeluaran i-Citra KWSP sehingga RM5,000, moratorium enam bulan - PM Muhyiddin
Pengeluaran wang KWSP sehingga RM5,000, dan moratorium selama enam bulan untuk semua peminjam individu dan usahawan mikro.