awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
26 negara sertai Piala Dunia Sepak Takraw 2026
Had tempoh PM buka ruang ketengahkan pemimpin muda - Penganalisis
Ekonomi capai puncak akhir 2026, tetapi pendapatan tidak naik sama - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

i-Sinar: Kerajaan perlu kaji semula had pengeluaran - Pensyarah

Hilmi Malik
Hilmi Malik
19/01/2021
09:08 MYT
i-Sinar: Kerajaan perlu kaji semula had pengeluaran - Pensyarah
Kerajaan perlu kaji semula had pengeluaran i-sinar yang dilihat terlalu rendah menurut Pensyarah Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM). - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan disarankan agar mempertimbangkan semula kadar had pengeluaran bagi inisiatif i-Sinar.
Pensyarah Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Abu Sofian Yaacob berpendapat, had pengeluaran ketika ini adalah terlalu rendah.
“Kalau kita lihat had pengeluaran yang diberikan RM1,000 ini terlalu rendah dan jika mereka ingin jalankan perniagaan secara kecil-kecilan, modal juga tidak mencukupi.
“Jadi kalau boleh, kerajaan benarkan pengeluaran yang lebih banyak.
"Inisiatif ini satu usaha yang baik, cuma kita harap kerajaan dapat pertimbang semula,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Selasa.
Dalam pada itu, Abu Sofian memuji tindakan kerajaan yang mengumumkan inisiatif pengecualian cukai khususnya melibatkan gajet.
Katanya, perkara itu selarasa dengan tuntutan golongan pelajar yang memerlukan sesi pembelajaran di rumah.
“Sewaktu keadaan yang kritikal ini (COVID-19) penggunaan terhadap gajet amat diperlukan khususnya golongan pelajar untuk sesi pembelajaran di rumah.
“Kita tidak tahu sampai bila keadaan ini akan diteruskan dan inisiatif ini jelas memberikan manfaat kepada mereka, selama mana pun ia tetap akan berguna kepada pelajar,” katanya lagi.
Jelasnya lagi, langkah itu sememangnya wajar diambil oleh kerajaan khususnya melibatkan ibu bapa yang turut memerlukan penggunaan gajet dan golongan B40 secara amnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#cukai
#i-sinar
#KWSP
#kerajaan
#had pengeluaran
#Abu Sofian Yaacob
#gajet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan