Had tempoh PM buka ruang ketengahkan pemimpin muda - Penganalisis

Penganalisis dalam temu bual Agenda AWANI berkata had tempoh Perdana Menteri beri peluang pemimpin muda dan cegah salah guna kuasa. - foto/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri akan membuka ruang kepada pemimpin muda untuk menerajui pentadbiran negara.
Ringkasan AI
- Cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun dilihat mampu membuka ruang kepada pemimpin muda untuk tampil memimpin negara.
- Langkah ini penting bagi mengelakkan salah guna kuasa dan memastikan demokrasi kekal berfungsi tanpa individu memegang kuasa terlalu lama.
- Kerajaan akan membentangkan RUU berkaitan had tempoh jawatan Perdana Menteri seperti diumumkan oleh Anwar dalam Perutusan Tahun Baharu 2026.
“Oleh itu, dengan mengehadkan tempoh perjawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan membuka ruang untuk parti-parti politik menampilkan pemimpin-pemimpin muda yang berkaliber untuk menjawat jawatan Perdana Menteri,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Dalam temu bual sama, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Malaysia, Aira Azhari pula berkata, cadangan berkenaan adalah penting untuk mengelakkan daripada salah guna kuasa oleh pemimpin pertama pentadbiran negara.
“Demokrasi perlu jadi satu sistem yang mana kita tidak membiarkan mana-mana individu pegang kuasa untuk satu masa yang lama. Tidak kira sama ada individu itu baik atau jahat. Demokrasi sepatutnya buta kepada motivasi individu yang memegang tampuk kuasa.
“Sebaliknya demokrasi perlu menjadi satu sistem yang mewujudkan lapangan yang mengekang mana-mana Perdana Menteri; baik atau jahat, cantik atau buruk. Kekangan itu bertujuan memastikan penyalahgunaan kuasa tidak berlaku,” jelasnya.
Untuk konteks, ketika menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2026 semasa perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


