awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan elektrik akan dipulihkan di barat daya Berlin lima hari selepas serangan
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

26 negara sertai Piala Dunia Sepak Takraw 2026

Bernama
Bernama
06/01/2026
14:00 MYT
26 negara sertai Piala Dunia Sepak Takraw 2026
Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan berkata 14 negara bakal mengambil bahagian divisyen premier manakala selebihnya akan bertanding dalam divisyen 1. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 26 negara bakal mengambil bahagian pada Piala Dunia Sepak Takraw 2026 yang akan berlangsung pada 12-24 Mei depan.
Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan berkata 14 negara bakal mengambil bahagian divisyen premier manakala selebihnya akan bertanding dalam divisyen 1.
"Untuk divisyen primer, acara yang dipertandingkan ialah kuadran, regu dan regu berpasukan manakala divisyen satu hanya dua acara sahaja iaitu regu dan kuadran.
"Bagi divisyen primer antara pasukan yang mengambil bahagian ialah Malaysia, Thailand, Vietnam dan Singapura termasuk dua yang dinaik pangkat, Iran dan Taiwan," katanya pada sidang media hari ini.
Beliau berkata divisyen satu pula pasukan yang bertanding termasuk Amerika Syarikat, Poland serta Perancis.
SUKAN-SEPAK TAKRAW (PIALA DUNIA) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Dalam pada itu, Mohd Sumali memaklumkan tiada had ditetapkan kepada negara yang bertanding untuk menyertai acara dipertandingkan dalam divisyen masing-masing berbanding sebelum ini.
"Jadi saya menjangkakan Piala Dunia kali ini akan lebih rancak dan semua negara yang mengambil bahagian boleh masuk kesemua acara yang dipertandingkan dalam divisyen masing-masing," katanya.
Mengulas mengenai persiapan negara sebagai tuan rumah Piala Dunia, beliau optimis Malaysia mampu menganjurkan kejohanan dengan cemerlang.
Mohd Sumali turut memaklumkan Stadium Titiwangsa, di sini akan sekali lagi menjadi venue bagi kejohanan berkenaan sama seperti Piala Asia tahun lepas dan Piala Dunia 2024.
Pada Piala Dunia tahun lepas yang berlangsung di Bihar, India, Malaysia berjaya membawa pulang tiga pingat gangsa menerusi doubles lelaki serta regu dan kuadran wanita.
Malaysia tidak menyertai acara regu dan regu berpasukan lelaki pada edisi berkenaan memandangkan tidak dipertandingkan bagi divisyen premier.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#26 negara
#Piala Dunia Sepak Takraw 2026
#Persekutuan Sepaktakraw Malaysia
#PSM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan