awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibadah korban tanda kesyukuran - Mufti Pahang

Sinar Harian
Sinar Harian
10/07/2022
00:40 MYT
Ibadah korban tanda kesyukuran - Mufti Pahang
Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, ibadah itu merupakan perkara yang amat dituntut atau digalak kepada umat Islam yang berkemampuan. -Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Umat Islam yang berkemampuan digalak melaksanakan ibadah korban sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT selepas diuji dengan pelbagai dugaan termasuk pandemik COVID-19 yang mengehadkan aktiviti mereka sejak dua tahun sebelum ini.
Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, ibadah itu merupakan perkara yang amat dituntut atau digalak kepada umat Islam yang berkemampuan.
“Apabila kita telah diberikan kemudahan (untuk melaksanakan ibadah korban), selamat daripada pandemik (COVID-19) yang merisaukan, sepatutnya kita (bagi yang mampu) berkorban tanda kesyukuran kepada Allah SWT.
“Sebagaimana yang disyariatkan, apabila kita menerima nikmat kita bersyukur kepada Allah SWT, kita menunaikan solat dan melakukan ibadah-ibadah lain.
“Sebab itu amat digalak kepada mereka yang mampu untuk berkorban bagi menunjukkan kita bersyukur,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Menurutnya, dalam kegembiraan menyambut Aidiladha tahun ini, orang ramai turut diingatkan agar mengamalkan kawalan kendiri bagi mengelak dijangkiti wabak COVID-19.
“Walau apa pun yang kita lakukan, sentiasalah ingat bahawa Covid-19 ini masih ada. Jadi, amalkan sikap berpada-pada selalu,” katanya.
Pada 29 Jun lalu, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman pada Rabu mengisytiharkan Umat Islam di seluruh Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini.
Pengumuman itu dibuat selepas sesi pencerapan dibuat oleh panel falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di 29 lokasi di seluruh negara, petang tarikh sama. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#Abdul Rahman Osman
#Ibadah Korban
#kesyukuran kepada Allah SWT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan