awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu, anak ditemukan mati dalam kereta

Bernama
Bernama
24/01/2025
10:50 MYT
Ibu, anak ditemukan mati dalam kereta
Lokasi mayat ibu dan anak ditemui maut dalam kereta di hadapan sebuah sekolah di Bandar Baru Uda (BBU) pada malam Khamis. -Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Kebocoran saluran minyak petrol dipercayai menjadi punca kematian dua beranak yang ditemukan dalam sebuah kereta BMW di tepi jalan berhadapan sebuah sekolah di Bandar Baru Uda di sini, malam tadi.

Ringkasan AI
  • Kebocoran saluran minyak petrol di bahagian enjin kereta BMW menyebabkan pemeluwapan dan gas memasuki saluran pendingin hawa, dipercayai menjadi punca kematian dua beranak tersebut.
  • Wanita berusia 42 tahun dan anak perempuannya yang berusia 14 tahun ditemukan dalam kereta dengan enjin masih hidup di tepi jalan berhadapan sebuah sekolah di Bandar Baru Uda pada pukul 9.30 malam.
  • Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian ini dan sedang menyemak rekod kesihatan wanita tersebut serta mendapatkan maklumat lanjut mengenai latar belakang keluarga.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh berkata wanita berusia 42 tahun itu ditemukan dalam kereta miliknya bersama anak perempuan berusia 14 tahun dengan keadaan enjin masih hidup oleh orang awam pada 9.30 malam.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku akibat kebocoran saluran minyak petrol di bahagian enjin sekali gus menyebabkan pemeluwapan dan memasuki saluran pendingin hawa kereta berkenaan.
"Dipercayai mereka berdua pergi membeli-belah di sekitar Bandar Baru Uda dan berhenti di lokasi kejadian untuk berehat sebentar.
"Wanita tersebut turut mengadu tidak berapa sihat dan ingin berhenti (memandu) untuk berehat, berdasarkan perbualan terakhir di sebuah group Whatsapp telefon bimbit wanita itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara, di sini hari ini.
Balveer berkata pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung tempoh masa wanita bersama anak bongsunya itu yang tinggal di Bakar Batu di sini berada di lokasi kejadian.
Beliau berkata setakat ini kematian dua beranak itu tidak mempunyai unsur jenayah dan pihaknya akan menyemak rekod kesihatan wanita tersebut.
"Kita juga sedang mendapatkan beberapa maklumat lain termasuk pekerjaan ibu tiga anak itu namun setakat ini belum diperoleh memandangkan suami mangsa yang bekerja di Singapura masih dalam keadaan sedih," katanya.
Menurutnya mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dan kes disiasat sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kebocoran saluran minyak petrol
#ibu dan anak mati dalam kereta
#BMW
#hadapan sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan