Ibu dan anak berusia 17 bulan maut dalam kemalangan melibatkan 16 kenderaan di Kilometer 405.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berdekatan Kuala Kubu Baru sekaligus menyebabkan kesesakan lalulintas lebih 10 kilometer pagi tadi.
Mangsa yang maut Nurul Syazeila Iryani Suhaimi, 28 tahun dan Hanna Umaira Mohd Hasnun, berusia 17 bulan.
Kedua-dua mangsa berasal dari Permatang Tok Jaya, Sungai Dua, Butterworth.
Sementara suami mangsa, Mohd Hasnun Ramli juga 28 tahun dilaporkan mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Kuala Kubu Baru, Selangor.
BACA: Dua maut dalam kemalangan 16 kenderaan di PLUS Tanjung Malim
Siasatan awal polis mendapati kemalangan yang berlaku pada 9.15 pagi itu, bermula apabila sebuah treler terbabas dari lorong kanan ke lorong tengah.
Treler berkenaan merempuh lima buah kenderaan termasuk kenderaan yang dinaiki dua mangsa.
Akibat insiden, kenderaan dinaiki mangsa tersepit antara dua buah treler sementara kenderaan lain tidak sempat mengelak dan menyebabkan berlaku rempuhan.
Astro Awani
Thu Jun 23 2016
Ibu dan anak yang maut dalam kemalangan tragik di Lebuh Raya PLUS pagi tadi. - Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Jenazah dua beranak mangsa kemalangan di Tanjung Malim selamat dikebumikan
Nurul Syazeila Iryani Suhaimi dan anaknya Hanna Humaira Mohd Nasrun, setahun lima bulan, selamat dikebumikan malam tadi.
Dua maut dalam kemalangan 16 kenderaan di PLUS Tanjung Malim
Dua maut dalam kemalangan melibatkan 16 kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Tanjung Malim, Perak.
Ibu, anak maut dalam nahas kemalangan babitkan 16 kenderaan
Ibu dan anak berusia 17 bulan maut dalam kemalangan melibatkan 16 kenderaan di Kilometer 405.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berdekatan Kuala Kubu Baru pagi tadi.