Ibu bapa kanak-kanak dikelar ditahan bantu siasatan

Polis menahan ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera dikelar dengan pisau di kediamannya di Parit Raja, semalam. - Foto hiasan
BATU PAHAT: Polis menahan ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera dikelar dengan pisau di kediamannya di Parit Raja, semalam.
Ringkasan AI
- Polis menahan pasangan suami isteri berusia 41 tahun selepas anak lelaki mereka berusia enam tahun cedera dikelar di rumah di Parit Raja.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan pengabaian kanak-kanak.
- Mangsa kini stabil selepas pembedahan dan masih dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail.
Menurut laporan, wanita berkenaan menyedari anaknya mengalami kesan kelar di leher sebaik sahaja dia tersedar daripada tidur pada 5.30 pagi di rumah mereka.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah menggunakan senjata tajam.
Terdahulu, Shahrulanuar Mushaddat berkata kanak-kanak terbabit berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan dan masih dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).
Mangsa juga sudah boleh bercakap namun pihaknya belum merekodkan keterangan memandangkan kanak-kanak itu belum pulih sepenuhnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


