SEREMBAN: Ibu bapa seorang lelaki sindrom Down Mohd Fareez Dorajak, 34 yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah sehari sebelum Aidilfitri pada 1 Mei lepas, berharap anaknya dapat kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat seperti sebelum ini.
Bapanya Dorajak Kazamad, 63, berkata semasa kejadian, dia dan isteri sedang sibuk mengemas rumah untuk menyambut Aidilfitri menyebabkan mereka tidak menyedari Mohd Fareez keluar secara sembunyi.
"Selepas solat Subuh, kami sibuk berkemas dan tidak sedar anak saya sudah curi-curi keluar melalui pintu belakang kira-kira pukul 6.30 pagi. Saya fikirkan dia keluar untuk membeli air dan roti di kedai berhampiran.
"Ini kerana, menjadi kebiasaan Mohd Fareez curi-curi keluar pada waktu pagi untuk membeli air, kemudian balik ke rumah semula. Namun, kali ini dia tidak pulang ke rumah dan kami sekeluarga sangat risau keadaannya," katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Taman Desa Dahlia, Senawang, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Dorajak berkata kejadian itu bukan kali pertama kerana sebelum ini Mohd Fareez pernah hilang tetapi berjaya ditemukan orang awam dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) beberapa hari kemudian.
"Dua tahun lepas, dia pernah hilang dan dijumpai oleh JKM di Perak selepas empat hari. Tahun ini sekali lagi dia hilang dan tidak balik ke rumah lebih 10 hari, yang sangat membimbangkan kami dan diharapkan anak saya itu ditemui dalam keadaan baik serta selamat," katanya.
Dorajak berkata dia bersama isteri Fadilah Mohamad Laji, 62, telah membuat laporan di Balai Polis Senawang pada hari pertama Aidilfitri iaitu pada 2 Mei lepas selain mencari Mohd Fareez di sekitar Senawang dan Seremban terutama di terminal bas, kawasan kedai dan klinik namun gagal menemukannya.
Bapa kepada enam anak itu berkata Mohd Fareez seorang anak yang sangat baik dan tidak bermusuh dengan sesiapa.
"Dia anak istimewa dan memang mudah merajuk, jadi kita memang kena selalu pujuk dia. Kami harap Mohd Fareez pulang dalam keadaan selamat dan kami sentiasa mendoakan agar dia dilindungi walau di manaa jua dia berada" katanya.
Sehubungan itu, Dorajak meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anaknya yang kali terakhir dilihat memakai kemeja-T merah dan berseluar 'track' hitam untuk menghubungi pihaknya di talian 017-2678673 atau untuk menghubungi balai polis berdekatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kehilangan lelaki orang kurang upaya (OKU) itu dan meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenainya, menyalurkan ke balai polis berhampiran.
"Kes diklasifikasikan sebagai Orang Hilang (OH) dan pihak polis sedang giat mengesan mangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 11 2022
Dorajak berkata, semasa kejadian, dia dan isteri sedang sibuk mengemas rumah untuk menyambut Aidilfitri menyebabkan mereka tidak menyedari Mohd Fareez keluar. - Gambar/ Bernama
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Aniaya kanak-kanak Sindrom Down, pengasas Rumah Bonda didakwa lagi
Siti Bainun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.
Pengasas Rumah Bonda ambil tindakan undang-undang
Perkataan yang mendakwa anak guamnya melakukan kesalahan penderaan adalah tidak tepat dari segi definisi undang-undang dan pihaknya memandang serius penggunaan perkataan itu.
Pengasas Rumah Bonda mohon dapatkan semula hak jagaan lima anak angkat
Permohonan itu turut menyatakan ia adalah permintaan daripada keluarga kandung lima kanak-kanak itu yang mahu hak jagaan diberikan kepada pihak pemohon (Siti Bainun).
#JusticeForBella: Mengharap sinar pembelaan Bella, dan memburu sang durjana!
Penderitaan Bella meraih perhatian umum masyarakat di celah-celah kebimbangan tentang senario pandemik yang meresahkan.
Dera: Mahkamah lucut hak penjagaan terhadap remaja OKU - Rina Harun
Mahkamah telah melucutkan hak penjagaan terhadap remaja kelainan upaya (OKU) wanita berusia 13 tahun yang didakwa didera di sebuah pusat jagaan di Wangsa Maju pada Jun lalu.
Intervensi awal penting bagi anak sindrom down belajar dan berdikari - Ras Adiba
Intervensi awal amat penting untuk anak-anak Sindrom Down bagi memastikan mereka dapat belajar lebih cepat dan mampu berdikari.
Ada adik Down Syndrome, bintang ragbi New Zealand bantu tingkat kesedaran awam
Adik perempuannya, Zara Barrett atau lebih mesra dipanggil Zars, berusia 16 tahun, sering kali ke stadium bagi menonton setiap perlawanan abang-abangnya.
Kanak-kanak maut selepas main 'tumbuk-tumbuk' dengan bapa saudara
Keluarga kanak-kanak lelaki yang ditemui meninggal dunia selepas didakwa bermain dengan bapa saudaranya yang menghidap Sindrom Down, masih terkejut dengan tragedi tersebut.
Video anak Sindrom Down menyanyi dengan bahasa isyarat sentuh perasaan
Sambutan untuk meraikan mereka yang menghidap Sindrom Down diadakan pada 21 Mac setiap tahun di seluruh dunia.
Senyuman bayi sindrom down pikat hati juri pertandingan foto
Lucas Warren dinobatkan dengan gelaran Spokesbaby 2018 selepas berjaya menewaskan 140,000 kanak-kanak normal lain.