awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu bapa, penjaga benar remaja bawah umur memandu boleh dikena tindakan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
13/03/2024
05:11 MYT
Ibu bapa, penjaga benar remaja bawah umur memandu boleh dikena tindakan
Hasbi berkata, setakat 29 Februari lalu, Hasbi berkata sebanyak 578 kes direkodkan bagi kesalahan memandu di bawah umur - Foto fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh mengambil tindakan terhadap ibu bapa atau penjaga yang membenarkan remaja di bawah umur memandu kenderaan motor tanpa lesen yang sah.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata di bawah Seksyen 39, Akta Pengangkutan Jalan 1987, individu terbabit boleh didenda tidak melebihi RM2,000, atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Jelas beliau, setakat 29 Februari lalu sebanyak 578 kes direkodkan bagi kesalahan memandu di bawah umur.
"Selain itu, JPJ turut boleh mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan yang membenarkan remaja di bawah umur memandu kenderaan motor tanpa suatu lesen memandu yang sah.
"Di bawah Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, tindakan boleh diambil terhadap pemilik kenderaan yang dipandu oleh seseorang yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah.
"Mana-mana orang yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya," katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau menjawab soalan Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) minta menyatakan apakah penambahbaikan dari segi tindakan penguatkuasaan serta perundangan yang sedia ada khususnya terhadap pemandu bawah umur atau mereka yang tidak mempunyai lesen sehingga menyebabkan nahas di jalan raya.
Mengulas lanjut, Hasbi (GPS-Limbang) berkata kerajaan menyediakan kemudahan untuk menggalakkan rakyat yang kurang berkemampuan mendapatkan lesen memandu termasuk melalui Program MyLesen B2.
Menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) sama ada kerajaan akan mengenakan hukuman lebih tegas kepada pemandu bawah umur, beliau berkata sesi libat urus dengan pelbagai pihak perlu dilakukan bagi mendapatkan pandangan.
Bagaimanapun Hasbi menegaskan ketika ini kementerian juga menggunakan pendekatan advokasi bagi memastikan pematuhan dalam pemanduan.
Topic Berkaitan
#pemandu bawah umur
#kemalangan jalan raya
#tindakan terhadap ibu bapa
#JPJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan