PEKAN: Masyarakat khususnya ibu bapa perlu membuang 'stigma kurang enak' terhadap Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) kerana kaedah pembelajaran secara amali dan praktikal yang ditawarkan adalah memenuhi keperluan industri.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, kebolehpasaran graduan ILKBS ialah sebanyak 95 peratus selain mereka, walaupun bermula di peringkat rendah, akhirnya akan menikmati kenaikan yang baik disebabkan kemahiran diperoleh menjadi nilai tambah mereka.
"Latihan yang diajar adalah berdasarkan kepada kehendak pemain industri dan latihan praktikal yang banyak dilakukan di sini menjadikan mereka sudah mempunyai kemahiran diperlukan walaupun baru bermula dalam bidang pekerjaan.
"Ini menjadikan ILKBS sebagai 'hunting ground' kepada pemain industri selain pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) yang diperoleh juga membolehkan lepasan ILKBS mencipta pekerjaan sendiri," katanya pada sidang media selepas merasmikan ILKBS Career Fest Zon Timur 2022 di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini.
Setakat ini, Ti memaklumkan terdapat 22 ILKBS di seluruh negara yang menawarkan 196 kursus daripada 14 bidang latihan termasuk teknologi automotif, teknologi mekanikal, teknologi maklumat, teknologi elektrikal dan hospitaliti.
Secara purata, seramai 8,000 pelatih terpilih pada setiap pengambilan dan jumlah itu membolehkan pelatih mendapat perhatian penuh daripada tenaga pengajar selain berpeluang mengendalikan peralatan diperlukan bagi meningkatkan kemahiran dan keyakinan mereka dalam bidang dipelajari.
"Ibu bapa seharusnya memberikan sokongan kepada anak yang memilih untuk ke ILKBS. Selain kemahiran, pelbagai bantuan lain diberikan seperti penginapan dan belanja," katanya yang turut berharap lebih ramai bukan bumiputera memilih ILKBS sebagai tempat menuntut ilmu.
Mengulas mengenai ILKBS Career Fest Zon Timur, Ti berkata terdapat lebih 1,200 jawatan kosong di 14 industri pelbagai sektor pada program itu, dengan jumlah pemain industri yang mengambil bahagian dalam penganjurannya juga bertambah setiap tahun.
"Selain memberi pendedahan mengenai prospek kerjaya, program ini juga bertujuan mewujudkan dan memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik serta persefahaman erat dengan pemain industri bagi memastikan belia di ILKBS memperoleh latihan diperlukan," katanya.
Pada perkembangan lain, Ti menasihatkan golongan belia untuk tidak mudah terpedaya dengan tawaran kerja di luar negara yang akhirnya menyebabkan mereka menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran kerja yang semakin berleluasa kebelakangan ini.
Beliau percaya jumlah mereka yang menjadi mangsa adalah lebih ramai daripada jumlah yang tampil ke depan dan seharusnya setiap tawaran kerja di luar negara diperiksa dengan teliti selain mendapatkan pandangan orang terdekat khususnya ibu bapa.
"Kita perlu berhati-hati terutamanya jika kerja dan gaji yang ditawarkan adalah terlalu baik untuk dipercayai...jangan tamak dan terus terpengaruh terutamanya jika ia datang daripada pihak yang tidak diketahui," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 26 2022
Ti menasihatkan golongan belia untuk tidak mudah terpedaya dengan tawaran kerja di luar negara yang akhirnya menyebabkan mereka menjadi mangsa sindiket penipuan. - Gambar fail
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
Ibu bapa perlu hapus stigma kurang enak terhadap ILKBS
Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, kebolehpasaran graduan ILKBS ialah sebanyak 95 peratus.