Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memberi jaminan kesemua 79 tadika Islam kendaliannya di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengelak penularan COVID-19.
Pengerusinya, Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee berkata ibu bapa tidak perlu risau mengenai keselamatan anak mereka, dan turut memberi jaminan kesemua 389 guru juga akan mematuhi SOP yang ditetapkan.
"Kesemua tadika MAIWP kembali beroperasi sejak semalam. Ibu bapa tidak perlu risau untuk hantar anak mereka ke sini (tadika Islam) sebab kita ikut SOP begitu ketat. SOP kita lakukan bermula dari awal murid sampai iaitu ketika nak masuk ke kawasan sekolah, mereka (murid) akan disukat suhu badan, kemudian dilatih sentiasa menggunakan pensanitasi tangan.
"Pemakaian pelitup separuh muka wajib untuk guru serta pelajar dan kita akan sediakan pelindung muka yang ditempah khas untuk setiap murid," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat pemantauan SOP di sebuah tadika Islam MAIWP di Cheras, hari ini.
Syed Hussien berkata bagi memastikan jarak sosial dapat diamalkan setiap masa, bilangan murid di dalam kelas dikurangkan separuh daripada jumlah asal dan murid perlu hadir ke tadika secara bergilir mengikut hari yang ditetapkan.
Ditanya mengenai yuran, Syed Hussien berkata MAIWP mengekalkan jumlah yuran seperti sebelum ini iaitu RM20 sebulan untuk murid golongan asnaf manakala RM50 sebulan bagi murid daripada keluarga B40.
"Ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), kita tidak mengenakan yuran kepada ibu bapa. Itu sebagai khidmat kita kepada mereka (ibu bapa) dan bermula semalam, selepas tadika kembali beroperasi, yuran adalah sama (seperti sebelum ini)," katanya.
Menurutnya, pengecualian yuran selama tiga bulan bermula April hingga Jun kepada kira-kira 6,000 murid itu melibatkan impak kewangan berjumlah hampir RM1 juta.
Sementara itu, ibu kepada Auni Darwisha Ahmad Fadzli, 5, iaitu Nor Sakinah Sarju, 28, berkata beliau bersyukur apabila tadika dibenarkan kembali beroperasi meskipun dalam situasi kebiasaan baharu.
"Saya gembira tadika kembali dibuka sebab saya tak nak anak ketinggalan dalam pelajaran. Situasi belajar di rumah dan sekolah berbeza. Lagipun, saya dan suami bekerja, memang ada kekangan untuk kami ajar sendiri anak. Waktu siang tak dapat nak tumpukan perhatian untuk ajar anak, waktu malam masa agak singkat.
"Saya yakin untuk hantar anak kembali bersekolah sebab guru-guru melalui kumpulan WhatsApp pun dah maklumkan dari awal apa SOP perlu dipatuhi. Saya pun sentiasa ingatkan anak untuk pakai pelitup separuh muka dan pensanitasi tangan, jangan sentuh kawan serta beberapa perkara lain," katanya.
Nor Sakinah yang berniaga sendiri turut berterima kasih kepada MAIWP yang mengekalkan yuran tadika dan mengecualikan bayaran yuran ketika tempoh PKP.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 07 2020
Nur Fathiah Iwani Kamalrizal, 6, menggunakan peralatan pembelajaran yang dibawa dan dibersihkan di rumah terlebih dahulu ketika meninjau pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) kanak-kanak di Tadika Islam MAIWP Sumayyah di Bandar Tasik Permaisuri
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.