Seorang wanita dan dua anaknya rentung apabila rumah mereka di Lorong Merbah, Kampung Sungai Relong, di sini, terbakar awal pagi Selasa.
Korban dikenali sebagai Jazmaniza Man, 35, serta dua anaknya Mohd Anaz Rizki Mohd Khairul, 4, dan Nur Aulia Medina, 3.
Suami mangsa Mohd Khairul Ismail, 38, cedera parah akibat melecur manakala seorang lagi anak mereka Muhamad Afiq Aryan, 6, cedera ringan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, mereka menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 1.20 pagi.
Katanya, apabila jentera A1-30 Kamunting tiba di lokasi kejadian, didapati sebuah rumah kelas C berkeluasan 30 x 60 sedang terbakar 80 peratus dan terdapat lima orang mangsa di dalam rumah tersebut.
“Seorang lelaki dewasa cedera parah melecur pada bahagian tangan dan belakang, dan seorang kanak-kanak lelaki cedera ringan melecur pada bahagian tangan telah dihantar oleh jentera EMRS Kamunting ke hospital,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, mayat ketiga-tiga beranak itu ditemukan ketika proses pemadaman dijalankan kira-kira jam 1.35 pagi.
Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Azizan Aziz tamat pada 4.40 pagi.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Mar 23 2020

Seorang wanita dan dua anaknya rentung apabila rumah mereka di Lorong Merbah, Kampung Sungai Relong, di sini, terbakar awal pagi Selasa.

Doa Ebit Lew buat Malaysia
Walaupun Malaysia adalah sebuah negara yang dibentuk daripada kepelbagaian, kita tidak ubah seperti sebuah keluarga. Kata pendakwah bebas, Ebit Lew, seharusnya sebuah keluarga saling berkasih sayang dan memaafkan kerana kita dijadikan sama sahaja di sisi Tuhan.

Kalau sedih, menangislah ubatnya - Ebit Lew
Apabila kita bersedih dan tak terdaya untuk melakukan apa-apa, menangislah dan berdoa kepada Tuhan dengan sesungguh hati. Kata pendakwah bebas, Ebit Lew, itu yang beliau sendiri lakukan setiap kali hilang semangat untuk meneruskan langkah bakti, selain daripada mendapatkan nasihat daripada para guru serta bertemu dengan ibunya untuk mendapat kembali kekuatan.

AWANI Ringkas: Penjajaran politik baharu?

Manchester United halang Bruno Fernandes wakili Portugal
Portugal dijadual menghadapi tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 hujung bulan ini.

PKPP | Rentas daerah ikut zon di Sabah tidak beri kesan
Kebenaran rentas daerah mengikut zon di Sabah tidak memberikan kesan positif kepada pengusaha bas ekspres di negeri itu. Situasi itu memberi tekanan kepada pengusaha bas ekpres di Sabah yang terkesan sejak pandemik COVID-19. Justeru, mereka menggesa kerajaan negeri membenarkan rentas daerah tanpa mengikut zon seperti yang dilakukan di Semenanjung.

Vaksin COVID-19 | JKVAV sentiasa terima laporan dakwaan potong barisan
Kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim, JKVAV sentiasa menerima sebarang laporan sekiranya ada dakwaan potong barisan untuk pengambilan suntikan vaksin. Ia berkata demikian berdasarkan dakwaan 200 ahli Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan yang cuba 'memotong barisan' sebagai penerima awal suntikan vaksin COVID-19.

Vaksin COVID-19 | Kerajaan tiada cadangan keluar senarai penerima
Kerajaan tidak bercadang untuk mengeluarkan senarai penerima vaksin COVID-19 kerana angka yang menanti setakat ini sudah terlalu panjang, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Pencemaran | Jangan lakukan pembakaran terbuka
Penduduk di negeri Kedah termasuk petani dilarang melakukan pembakaran terbuka untuk mengurangkan masalah jerebu yang dibimbangi meningkatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU). Malah menurut Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri, Dr Robert Ling Kui Ee, golongan petani yang selama ini diberi kelonggaran membakar jerami padi mereka selepas menuai padi, tidak lagi dibenarkan berbuat demikian ketika ini.

Status Besut | Usaha jadikan Besut sebuah Perbandaran
Majlis Daerah Besut, MDB sedang berusaha menaikt araf status daerah itu kepada Majlis Perbandaran ketiga di negeri Terengganu selepas Kemaman dan Dungun. Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Mohd Rashdan muda berkata pihaknya akan cuba merealisasikan status itu pada tahun 2025, lima tahun lebih awal dari perancangan asalnya.

COVID-19: Ekonomi Korea Selatan menguncup buat kali pertama sejak 22 tahun
Keadaan ekonomi Korea Selatan mungkin lebih buruk jika tidak disokong eksport teknologinya.

Ibu, dua anak rentung dalam kebakaran awal pagi di Kamunting
Korban dikenali sebagai Jazmaniza Man, 35, serta dua anaknya Mohd Anaz Rizki Mohd Khairul, 4, dan Nur Aulia Medina, 3.