awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu, kekasih durjana didakwa bunuh anak tiga tahun

Astro Awani
Astro Awani
10/09/2021
10:18 MYT
Ibu, kekasih durjana didakwa bunuh anak tiga tahun
Ieda Nor Esbi hadir di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi untuk pertuduhan membunuh anak lelaki yang berusia tiga tahun minggu lalu. - Foto Sinar Harian
BANGI: Seorang ibu dan teman lelakinya didakwa di Mahkamah Majistret Bangi pada Jumaat atas pertuduhan membunuh anak lelaki wanita itu yang berusia tiga tahun, minggu lalu.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkod daripada kedua-dua tertuduh, Ieda Nor Esbi Baharuddin, 35 tahun dan kekasihnya, Norazizol Baharum, 34 tahun kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Kedua-duanya hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai Majistret.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama, dengan sengaja membunuh kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun,
Kejadian berlaku di sebuah rumah di Seksyen 2 di sini, antara jam 6.30 pagi hingga 10.41 malam, 2 September lalu.
Atas pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama, yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 14 Oktober depan untuk serahan laporan kimia dan bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Nor Esbi Baharuddin
#Norazizol Baharum
#Mahkamah Majistret Bangi
#dakwaan bunuh anak 3 tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan