awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu kepada pelakon Zulkifli Ismail meninggal dunia

Gempak
Gempak
29/08/2022
02:40 MYT
Ibu kepada pelakon Zulkifli Ismail meninggal dunia
Zulkifli turut memohon doa orang ramai buat ibunda tercinta. - Foto Astro Gempak/Instagram
IBU kepada pelakon senior, Zulkifli Ismail, Hajah Mariam Saad telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Ahad, kira-kira jam 4 petang.
Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh Zulkifli menerusi hantaran terbaharunya di Instagram.
Allahyarhamah pergi menghadap Ilahi pada usianya 80 tahun di Hospital Besar Rompin, Pahang.
"Innalillahiwainnailaihirojiun, mak saya Hajah Mariam binti Saad atau lebih dikenali sebagai Che Basah telah kembali ke rahmatullah.
"Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Rompin, Pahang pukul 4.00 petang tadi. Allahyarhamah berusia 80 tahun," tulisnya pada kapsyen.
Zulkifli turut memohon doa orang ramai buat ibunda tercinta.
"Sama-samalah kita doakan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa beliau dan menempatkan rohnya bersama-sama roh orang beriman,” tambahnya.
Rata-rata peminat dan rakan selebriti yang singgah ke ruangan balas turut menyampaikan salam takziah buat Zulkifli dan keluarga.
Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama ahli syurga yang lain, Al-Fatihah.
View this post on Instagram
A post shared by Zulkifli Ismail (@aktorzulkifli)
Topic Berkaitan
#zulkifli ismail
#Rompin Pahang
#ibu pelakon
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan