awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu maut, anak cedera kereta masuk gaung

Assim Hassan
Assim Hassan
19/06/2018
11:43 MYT
Ibu maut, anak cedera kereta masuk gaung
Mangsa dan anaknya yang berusia sembilan tahun itu dilaporkan dalam perjalanan ke pekan Mukah ketika kejadian berlaku. - Foto JBPM
Seorang wanita maut apabila kereta yang dinaikinya dilaporkan hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam gaung pada ketinggian lima meter di Kilometer 55, Jalan Mukah - Selangau di sini hari ini.
Mangsa Nuli Sulang, 27 tahun dilaporkan tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Anak mangsa yang berusia sembilan tahun dilaporkan selamat dalam kejadian yang berlaku awal hari ini.
Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan, Alexson Naga Chabu ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Katanya, kedua-dua anak beranak itu sedang dalam perjalanan ke pekan Mukah.
"Semasa melalui lokasi kejadian, kereta dipandu Nuli hilang kawalan dan masuk ke kanan jalan sebelum terjatuh ke dalam gaung," katanya.
Nuli disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan yang tiba di lokasi nahas manakala anaknya mengalami kecederaan ringan.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Alexson Naga Chabu
#kereta
#maut
#mayat
#meninggal dunia
#Nahas
#nuli sulang
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan