SHAH ALAM: Polis Selangor telah mengambil keterangan tujuh individu termasuk ibu kepada usahawan dan personaliti popular, Neelofa Mohd Noor bagi membantu siasatan berhubung satu hantaran di laman sosial yang didakwa menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan kini di peringkat akhir dan hanya menunggu laporan teknikal.
“Semua keterangan saksi kita sudah ambil. Kita sekarang menunggu laporan teknikal dan bila selesai semua kita akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. Kejadian di Selangor, (termasuk keterangan) ibu Neelofa. Tujuh orang (diambil keterangan),” katanya ketika ditemui di sini hari.
Terdahulu, Datin Noor Kartini Noor Mohamed hadir memberi keterangan lebih dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam hari ini.
Polis memulakan siasatan berhubung dakwaan itu selepas laporan dibuat terhadap pemilik akaun tersebut.
Bagaimanapun, siasatan awal mendapati hantaran yang memaparkan gambar laporan berita bertajuk ‘Sultan Johor cadang sekatan penuh bersasar’ itu dikatakan dimuat naik seorang wanita berusia 32 tahun dipercayai pengurus media sosial syarikat milik Noor Kartini.
BACA: Ibu Neelofa mohon maaf pada Istana Johor, Tunku Idris ingatkan adab tidak boleh dijual beli
Individu terbabit dikatakan tersilap menggunakan akaun Instagram milik Noor Kartini dengan membuat hantaran melalui ‘IG Story’.
Susulan itu siasatan dijalankan mengikut seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Astro Awani
Fri Jun 04 2021

Noor Kartini sebelum ini membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail berhubung perkara itu dan berjanji akan memberikan kerjasama sepenuhnya. - Gambar fail/Astro AWANI

Kekalkan perpaduan rakyat dengan keikhlasan, persefahaman - Tun Juhar
Perpaduan sangat penting kerana ia merupakan faktor utama yang menjadi tunjang kepada kelestarian negeri serta negara dalam melakar kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

Naikkan harga 30 produk, KPDN tunggu jawapan Gardenia
Menurut Fuziah, Gardenia diberi tempoh enam hari untuk menjelaskan justifikasi tindakan tersebut yang dijadual bermula 1 Oktober ini.

Lebih 100,000 dijangka meriahkan Karnival Uniti Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023
Penganjuran karnival tersebut diadakan sempena kejohanan Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

PRK Pelangai: 'Tak undi BN, jangan suruh anak balik' hanya seloroh - Wan Rosdy
Apa yang dimaksudkan adalah mahu anak-anak rantau pulang dan memberi sokongan kepada BN yang lebih mampu memberi pembangunan di kawasan itu.
AWANI Ringkas: Kemenangan di Pelangai penting untuk bina keyakinan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Laksana amanah sebaiknya sebelum Allah tarik balik' - Mohd Na'im komen isu rombakan Kabinet
Baginya, amanah yang diberikan menjadi fokus utama beliau sejak dipilih memegang jawatan itu.

Jawatankuasa Harmoni diwujudkan semula, betulkan persepsi terhadap Islam - Mohd Na'im
Kerajaan akan mewujudkan Jawatankuasa Harmoni dengan kerjasama Kementerian Perpaduan bagi menangani isu Islamofobia di negara ini.

Bekas ADUN Paloh ditidurkan akibat komplikasi demam denggi
Nozula yang berusia 66 tahun ditidurkan sejak 3 petang semalam selepas doktor mendapatkan kebenaran daripada beliau dan ahli keluarga yang lain.

Banjir Kedah: Tiga jambatan di Sungai Kupang runtuh
Banjir kilat yang berlaku di Kampung Iboi pada Rabu menyebabkan tiga jambatan yang menghubungkan penduduk di Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang di jajaran Sungai Kupang runtuh.

Malaysia kekal di tangga 36 dalam laporan GII 2023, skor meningkat
Malaysia juga menduduki tangga kedua negara paling berinovatif selepas China dalam kalangan 36 upper-middle income countries dengan kenaikan satu tangga berbanding 2022.

Engku Emran, Noor Nabila bakal bercerai
Kakak pengacara dan usahawan terkenal Neelofa, iaitu Noor Nabila memaklumkan dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin, bakal bercerai dalam waktu terdekat.

Alasan Neelofa mahu akses CCTV sekolah Bilal
Bukan sebab banyak duit Neelofa mahu akses CCTV sekolah anak, sebaliknya, hanya mahu pastikan keselamatan Bilal.

"Tiada dalam keturunan kami yang pergi tempat judi" - Noor Kartini
Ibu Ameera Khan iaitu Datin Noor Kartini memberitahu dia tampil bersuara mengenai tuduhan anaknya berjudi di luar negara kerana ia sudah keterlaluan.

Neelofa belanja sipi-sipi wajah anak kedua, netizen teruja, 'comel macam Muhammad Bilal'
Neelofa menerusi akaun Instagram miliknya telah memuat naik beberapa foto anak lelaki keduanya itu.

"Perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas" - Neelofa umum nama anak kedua
Seperti yang dijanjikan, pelakon Noor Neelofa akhirnya mengumumkan nama anak keduanya.

Neelofa selamat lahirkan anak kedua
Pengacara dan usahawan popular, Neelofa selamat melahirkan putera keduanya, Selasa lalu.

Disangka sudah bersalin anak kedua, Neelofa tampil beri penjelasan
Spekulasi mengenai Neelofa dikatakan masuk hospital baru-baru ini disebabkan bakal melahirkan anak keduanya akhirnya terjawab.

'Doakan, insya-Allah' - Bakal bersalin bila-bila masa, PU Riz maklum Neelofa dah masuk wad
PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail memaklumkan berita itu ketika sedang mengendalikan sebuah program.

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

#GempakWrapped2022: Cerita panas dunia selebriti, ini yang paling trending dan kontroversi!
Setiap tahun, dunia hiburan tempatan tidak pernah sunyi dengan kontroversi.