awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
Bomba Negeri Sembilan terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu Pejabat MetMalaysia ditutup sejak pagi kerana gangguan teknikal

Bernama
Bernama
04/03/2022
09:22 MYT
Ibu Pejabat MetMalaysia ditutup sejak pagi kerana gangguan teknikal
Ibu Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) ditutup sejak pukul 10 pagi tadi disebabkan oleh gangguan teknikal di bilik server.
KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) ditutup sejak pukul 10 pagi tadi disebabkan oleh gangguan teknikal di bilik server.
"Susulan kepada gangguan teknikal di bilik server ini, capaian awam terhadap laman web iaitu www.met.gov.my dan mygempa.met.gov.my serta aplikasi myCuaca adalah tergendala, sehingga diberitahu kelak," menurut MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook rasminya.
"Justeru, hebahan maklumat terkini mengenai cuaca akan dimaklumkan melalui laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter," menurut kenyataan itu.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah berada ibu pejabat MetMalaysia bagi mengenal pasti punca gangguan teknikal itu, dan laporan lanjut punca kejadian akan dimaklumkan kelak.
Menurut kenyataan itu demi memastikan kelangsungan perkhidmatan MetMalaysia, Pasukan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) sedang berusaha menangani krisis berkenaan agar semua perkhidmatan dapat berfungsi seperti sediakala dengan secepat mungkin.
Menurutnya perkembangan lanjut mengenai perkara in akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui Pusat Komunikasi Krisis yang telah diwujudkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ibu Pejabat MetMalaysia
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#gangguan teknikal
#bilik server
#Mycuaca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan