awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu simbah anak air panas kerana tonton video lucah dipenjara 3 tahun

Sinar Harian
Sinar Harian
31/01/2024
07:49 MYT
Ibu simbah anak air panas kerana tonton video lucah dipenjara 3 tahun
Tertuduh yang berusia 38 tahun membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. - Gambar/ Sinar Harian
MELAKA: Seorang wanita dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu kerana menyimbah air panas pada anak lelakinya yang menonton video lucah di telefon bimbit.
Hakim Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 38 tahun yang membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas anak lelakinya yang ketika kejadian berusia 13 tahun dengan cara menyimbah air panas ke arah mangsa.
Kesalahan itu dilakukan sebuah rumah di taman perumahan kakitangan kerajaan di Sungai Udang di sini, kira-kira jam 2.56 pagi pada 27 Jun 2022.
Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau dengan sebat, jika sabit kesalahan.
Tertuduh dipercayai mencederakan mangsa kerana berang terhadap mangsa yang merupakan anak kedua daripada lima beradik telah menggunakan data internet telefon bimbit miliknya untuk menonton video lucah.
Bagaimanapun kecederaan yang dialami mangsa telah dilihat oleh rakan mangsa sebelum memaklumkan perkara itu kepada ibunya dan kemudian wanita itu membuat laporan polis.
Ibu kepada lima orang anak yang tidak diwakili peguam merayu hukuman rendah diberikan kerana dia mempunyai tiga anak yang masih kecil berusia enam tahun yang juga orang kurang upaya (OKU), empat tahun dan bayi enam bulan.
Malah menurutnya, turut mengalami tekanan sejak insiden itu menyebabkan dia yang merupakan pesakit psikiatri terpaksa menambahkan dos ubatnya dengan kelulusan doktor daripada 50 miligram kepada 100 miligram setiap hari.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Nazrin Ali Rahim memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan orang awam.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman tiga tahun daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu 8 Julai tahun lalu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ibu
#hukuman penjara
#simbah air panas
#anak lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan