JOHOR BAHRU: Ibu kepada lelaki yang ditemui mati dengan kesan kelar di leher serta tikaman di rusuk kanan menyimpan cebisan paru-paru anaknya itu untuk dikebumikan bersama jenazah.
Berkongsi kejadian menyayat hati itu, Samsinar Bujang, 63, berkata dia menyedari kejadian menimpa anaknya, Ruhaizat Rusli, 26, ketika sedang mengambil wuduk untuk solat Subuh.
"Saya terdengar suara perempuan menjerit dengan kuat. Saya sangka jeritan itu dari highway berdekatan kerana tidak mungkin anak menantu saya yang menjerit.
"Anak sulung saya, Rudiriadi Rusli, 41, keluar rumah selepas mendapati isteri Ruhaizat menjerit meminta tolong," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Desa Makmur, Majidee di sini pada Jumaat.
Menurutnya, Rudiriadi kemudian ternampak Ruhaizat terbaring di tepi jalan depan rumah dan dia kemudiannya bergegas membawa mangsa yang sedang nazak ke hospital dengan kereta.
"Saya turut mengikut Rudiriadi ke hospital dengan menunggang motosikal sendiri" katanya.
Katanya, sebaik tiba di hospital, dia dimaklumkan anaknya itu sudah meninggal dunia.
"Saya melihat mayatnya dan sempat menciumnya. Saya lap darah di kaki dan nampak kesan kelar di leher dan dadanya.
"Ketika itu ada cebisan paru-paru dan saya simpan untuk dikebumikan bersama jenazah," katanya.
Samsinar berkata, Ruhaizat bersama isteri dan seorang anak mereka tinggal bersamanya di rumah tersebut.
"Kami tinggal bersama termasuk tiga lagi anak saya.
"Sebelum kejadian, anak saya dan isterinya itu tidak ada masalah," katanya.
Menurut Samsinar, polis ada menemui menantunya yang berusia 30-an untuk mendapatkan maklumat dan siasatan kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, hasil pemeriksaan polis menemukan sebilah pisau pemotong kertas satu serpihan mata pisau di tempat kejadian.
"Pihak polis sudah menahan isteri mangsa untuk membantu siasatan.
BACA: Isteri disiasat susulan penemuan mayat lelaki dikelar, ditikam di Majidee Johor
"Soal siasat akan dilakukan bagi mengetahui motif kejadian tersebut dan saksi bebas akan dikesan bagi membantu siasatan," katanya.
Berita asal: Ibu simpan cebisan paru-paru anak kena tikam
Sinar Harian
Fri Apr 02 2021
Seorang daripada adik-beradik mangsa menunjukkan tempat mangsa ditemukan dengan kesan kelar di leher dan tikaman di rusuk kanan depan rumahnya di Kampung Desa Makmur, Majidee pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Ibu simpan cebisan paru-paru anak kena tikam
Samsinar Bujang, 63, berkata dia menyedari kejadian menimpa anaknya, Ruhaizat Rusli, 26, ketika sedang mengambil wuduk untuk solat Subuh.