awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu terkejut jumpa mayat anak di rumah selepas lebih dua hari

Astro Awani
Astro Awani
20/06/2020
23:53 MYT
Ibu terkejut jumpa mayat anak di rumah selepas lebih dua hari
Hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang kesan jenayah. Mangsa dipercayai mati dalam tempoh lebih 48 jam. - Astro AWANI
Seorang ibu yang berkunjung ke rumah anaknya malam tadi terkejut apabila menemui anaknya itu dalam keadaan tidak bernyawa, dipercayai telah meninggal dunia lebih dua hari.
Ibu tersebut menemui mayat mangsa kira kira jam 8 malam ketika dia dan anak saudaranya mahu menghantar bekalan makanan kepada mangsa.
Mangsa, 57 tahun, tinggal di sebuah rumah teres dekat Bandar Tasik Puteri di sini.
Kedua-dua mereka yang masuk ke rumah berkenaan dengan menggunakan kunci pendua mendapati mangsa di kerusi berhampiran bilik yang terletak di tingkat atas.
Hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang kesan jenayah.
Mangsa dipercayai mati dalam tempoh lebih 48 jam.
Mayat kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.
Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#Hospital Sungai Buloh
#ibu
#meninggal dunia
#Rawang
#rumah teres
#ziarah anak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan