Skip to main content

Malaysia

Ibu Timbalan MB Kelantan meninggal dunia

71538890408_TBMBKELANTAN.jpg
Ibu Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Tengku Chik Tengku Ibrahim meninggal dunia, awal pagi tadi.

Tengku Chik, 80 tahun menghembuskan nafas terakhir jam 1.25 pagi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Solat jenazah dan pengebumian dijangka jam 2 petang ini di Masjid Al-Amani, Pondok Tok Ayah Kedah, Kampung Panchor.

Tengku Chik atau Mak Ku, merupakan cucu kepada Raja Dewa (Tengku Long Zainal Abidin) dan cicit kepada Sultan Muhammad III.

Advertisement

Must Watch Video