awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu tunggal lima anak antara 24 ditahan positif dadah

Salim Aziz
Salim Aziz
26/08/2020
02:34 MYT
Ibu tunggal lima anak antara 24 ditahan positif dadah
Wanita berusia 30 tahun itu ditahan di rumah teman lelakinya di Flat Paya Nahu, Sungai Petani, pada Selasa, 25 Ogos, 2020. - Foto AADK
Seorang ibu tunggal yang mempunyai lima anak merupakan antara 24 yang ditahan positif dadah dalam operasi yang dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada Selasa.
Wanita berusia 30 tahun itu ditahan di rumah teman lelakinya, yang juga seorang penagih dadah, di Flat Paya Nahu, di sini.
Bagaimanapun, ketika serbuan, teman lelakinya itu tiada di rumah.
Hasil pemeriksaan mendapati, wanita yang dipercayai datang ke rumah teman lelakinya itu untuk melepas ketagihan, positif dadah jenis methamphetamine dan morphine.
Menurut Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda Arnida Ishak, pihaknya turut membuat operasi di 12 lokasi lain, antaranya Bandar Seri Astana, Taman Keladi dan Taman Ria Jaya, Sungai Petani.
Kesemua 24 penagih yang ditahan didapati positif dadah jenis methamphetamine dan morphine.
Mereka yang ditahan berumur antara 22 dan 58 tahun, akan disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998.
Topic Berkaitan
#AADK
#Dadah
#ibu tunggal
#kuala muda
#positif dadah
#serbuan
#Sungai Petani
#teman lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan