ALOR GAJAH: Kesedihan Nur Aleeza Othman, 31, yang kehilangan suami, Sazali Mohamad, akibat kemalangan jalan raya tiga hari sebelum Aidilfitri, sedikit terubat apabila menerima kehadiran Skuad Prihatin Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di rumahnya di Kampung Solok Duku, di sini semalam.
Nur Aleeza, yang menerima kunjungan Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Siti Faizah Abdul Azis, Ahli Dewan Undangan Negeri Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali serta Pengarah Perkeso Melaka Abd Razak Omar diberitahu akan menerima Pencen Penakat berjumlah RM916.67 sebulan daripada Perkeso.
Ibu tunggal yang perlu membesarkan lima anak berusia tiga hingga 11 tahun itu dimaklumkan akan menerima pencen penakat itu untuk seumur hidupnya manakala anak-anaknya pula sehingga berusia 21 tahun atau tamat pengajian.
Selain faedah itu, Nur Aleeza telah menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 secara sekali bayar, pada 2 Mei lepas.
Nur Aleeza yang juga suri rumah sepenuh masa berkata Aidilfitri tahun ini bukan sahaja disambut dalam suasana suram malah dia buntu memikirkan masa hadapan lima anaknya itu.
Menurut Nur Aleeza, mereka sekeluarga sebelum ini hanya bergantung kepada pendapatan arwah suaminya yang merupakan pekerja kontrak dalam bidang media dengan berpendapatan bulanan sekitar RM5,000.
Katanya kemalangan kira-kira 12.05 tengah malam, 18 April lepas menyebabkan Sazali, 36, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala selepas motosikal ditunggang merempuh seekor kerbau di Jalan Tanjung Bidara-Solok Duku, Masjid Tanah, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.
"Mama kena kuat... apa pun terjadi mama kena kuat untuk (besarkan) anak-anak. Itu pesanan akhir arwah suami yang saya akan jadikan semangat untuk membesarkan lima anak," katanya sambil menambah faedah yang akan diterima sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban dalam meneruskan hidup mereka sekeluarga.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023
Sulaiman (dua, kiri) menyampaikan dokumen berkaitan pencen penakat yang diterima Nur Aleeza dan lima anaknya pada kunjungan Skuad Prihatin Perkeso di rumahnya di Kampung Solok Duku, Alor Gajah, semalam. --fotoBERNAMA
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.
SKSSR: Perlu beri peluang kepada suri rumah 55 tahun ke atas - Gerakan
SKSSR) yang mula dilaksanakan pada 1 Disember 2022 perlu turut dibuka kepada golongan wanita berumur 55 hingga 77 tahun.
Perkeso laksana pelarasan kos sara hidup bermula Januari tahun depan
Inisiatif itu adalah lanjutan daripada Kajian Penilaian Aktuari ke-11 dengan mengambil kira keadaan sosial dan ekonomi semasa di Malaysia.