awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu tunggal maut dengan kesan kelar pada leher

Sinar Harian
Sinar Harian
04/02/2026
20:50 MYT
Ibu tunggal maut dengan kesan kelar pada leher
Anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk di hantar ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya. - Foto Sinar Harian
BUTTERWORTH: Seorang ibu tunggal ditemui mati dengan kesan kelar pada bahagian leher dalam kejadian di sebuah rumah di tingkat satu Flat Sri Murni, Sungai Dua di sini pada Rabu.
Mangsa berusia 41 tahun ditemui terbaring di atas katil dalam salah sebuah bilik rumah berkenaan.
Difahamkan, pihak polis menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 1.40 petang selepas jiran mendapati mangsa yang juga seorang ibu tunggal tidak memberikan sebarang respons walaupun pintu rumahnya terbuka, namun pagar jeriji didapati berkunci.
Mangsa dikatakan tinggal di rumah berkenaan bersama anak lelakinya yang berusia 15 tahun.
Polis kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh, termasuk mengenal pasti motif kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk proses bedah siasat.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Sementara itu, Pakar Perunding Patologi Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Zahari Noor mengesahkan terdapat kesan kelar pada leher mangsa.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesan kelar tersebut dipercayai menggunakan senjata tajam pada bahagian leher.
"Tiada kesan pergelutan menunjukkan mangsa berkemungkinan diserang oleh individu yang dikenalinya.
"Kita juga percaya mangsa diserang dari arah belakang, namun bedah siasat akan dijalankan malam ini bagi mengenal pasti punca sebenar kematian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ibu tunggal maut
#ibu tunggal dibunuh
#Flat Sri Murni
#Sungai Dua
#kesan kelar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan