Seorang ibu tunggal yang menderita kanser paru-paru tahap empat, yang merupakan peringkat paling serius penyakit itu, memerlukan bantuan orang ramai bagi menampung kos perubatannya yang dianggarkan mencecah RM1 juta bagi tempoh dua tahun.
Sharizan Mohd Saleh, 33, dari Klang, berkata sesi rawatan imunoterapi yang dijalaninya memerlukan perbelanjaan RM30,000 untuk setiap tiga minggu di institusi perubatan swasta berikutan hospital kerajaan tidak menyediakan rawatan itu.
“Saya kini dalam senarai menunggu untuk sesi kimoterapi di hospital kerajaan tetapi tempoh dan waktu sebenar tidak dinyatakan. Saya boleh membuat rawatan kimoterapi di Institut Kanser Negara tetapi saya tidak berkemampuan.
"Saya perlu menjalani sesi imunoterapi sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun bagi membolehkan saya sembuh dengan izin Allah dan menjalani kehidupan lebih baik ” kata penolong pengurus sebuah syarikat pemasaran itu kepada Bernama di sini.
Wanita itu yang mempunyai seorang anak lelaki, Muhammad Aniq Nabawi, 4, berkata perlindungan insurans peribadinya digunakan sejak beliau dikesan menghidap kanser tahap 3 pada April 2016 selain rawatan pembedahan paru-paru kanan dan membuang nodus limpanya.
Namun, kanser itu dikesan kembali pada Mei lepas dan disyorkan segera menjalani rawatan imunoterapi iaitu rawatan menggunakan sistem imun diri untuk melawan kanser pada Jun lepas, namun kos tinggi menghalang beliau menjalani terapi itu, katanya.
“Lagi lama rawatan ditangguhkan, keadaan kesihatan saya akan terus merosot dan sukar untuk sembuh dan kembali normal,” katanya.
Sementara itu, satu jualan makanan dan pakaian “Shop For A Cause : Let's Help Sha Beat Cancer” akan diadakan di The Canvas, Damansara Perdana pada Ahad ini bagi mengutip dana untuk menampung rawatan Sharizan.
Penganjur program itu Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree berkata jualan amal itu juga akan diserikan dengan persembahan busking, demonstrasi masakan dan bacaan puisi bagi menarik pengunjung.
Beliau mengalu-alukan orang ramai mengunjungi jualan itu dan bagi mereka yang ingin menderma, boleh melayari https://give.asia/story/help_sha_kicks_cancer atau menyumbang terus ke akaun Maybank bernombor 512044534207 atas nama Sharizan binti Mohd Saleh.
Bernama
Fri Aug 25 2017
Sharizan yang membesarkan anaknya Muhammad Aniq, 4, berharap bantuan orang ramai agar dapat mengurangkan beban kos rawatan kansernya. - Foto dari samanthayong.com/blog
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Ibu tunggal menderita kanser paru-paru tahap empat rayu bantuan orang ramai
Sharizan Mohd Saleh, 33, berkata sesi rawatan imunoterapi yang dijalaninya memerlukan perbelanjaan RM30,000 untuk setiap tiga minggu.