awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu tunggal mengaku tidak bersalah pecah amanah jual beli kereta, SUV

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
24/03/2021
09:01 MYT
Ibu tunggal mengaku tidak bersalah pecah amanah jual beli kereta, SUV
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM17,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 25 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas dua pertuduhan melakukan pecah amanah dalam urusan jual beli kereta membabitkan kerugian lebih RM91,000.
Nor Azizah Embong, 50 tahun yang juga jurujual kereta membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz dan Majistret Noor Mazrinie Mahmood selepas pertuduhan dibacakan di dua mahkamah berasingan.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan pecah amanah ke atas wang pendahuluan kereta jenis Honda City 1.5V berjumlah RM47,400 untuk kegunaan sendiri pada 10 hingga 14 Julai 2019.
Selain itu, tertuduh turut didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang pendahuluan kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda HR-V 1.8L berjumlah RM44,500 daripada seorang wanita untuk kegunaan sendiri pada 9 Mei hingga 10 Oktober 2020.
Nor azizah didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah syarikat automotif di Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kuala Nerus.
Berikutan itu dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM17,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 25 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full dan Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh diwakili peguam Nur Ain Mohd Rani dan Nurul Najmi Adila Mohd Nasir.
Topic Berkaitan
#ibu tunggal
#pecah amanah
#jual beli kereta
#Honda City
#Honda HRV
#Mahkamah Majistret
#Kuala Terengganu
#automatif
#jurujual kereta
#Honda
#SUV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan