MOSCOW: Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memutuskan untuk mendengar kes yang difailkan oleh Belanda dan Australia terhadap Rusia berhubung nahas pesawat MH17 di Donbas pada 2014, kata Menteri Luar Belanda Wopke Hoekstra pada Sabtu.
Pada Mac 2022, Anggota Kabinet Belanda berkata bahawa kedua-dua negara telah memfailkan aduan terhadap Rusia membabitkan nahas pesawat MH17, lapor Sputnik.
"Hari ini, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa memutuskan untuk mendengar kes difailkan Belanda dan Australia terhadap Rusia kerana menembak jatuh pesawat #MH17... Ini adalah langkah penting ke arah mewujudkan kebenaran, keadilan dan akauntabiliti," menurut ciapan Hoekstra menerusi Twitter.
Belanda dan Australia akan terus melakukan segala usaha untuk "menuntut keadilan" bagi keluarga mangsa.
Pada November, Mahkamah Daerah Hague mendapati dua warga Rusia, Igor Girkin dan Sergei Dubinsky serta seorang warga Ukraine Leonid Kharchenko didapati bersalah menembak jatuh pesawat MH17 serta menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa kehadiran.
Mereka juga perlu membayar 16 juta euro (US$17.2 juta) sebagai ganti rugi kepada keluarga mangsa.
Defendan keempat, warga Rusia Oleg Pulatov, dibebaskan daripada pertuduhan.
Mahkamah Hague tidak mengaitkan sistem pertahanan udara BUK secara langsung hingga membawa kepada nahas pesawat malang itu, tetapi berkata bahawa Rusia mengawal wilayah berkenaan ketika kejadian.
Kesemua 298 penumpang dan kru pesawat terbunuh apabila Boeing 777 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di timur Ukraine, wilayah dikuasai puak pemisah yang didakwa menggunakan peluru berpandu dibekalkan oleh Moscow.
Pada 2016, Pasukan Penyiasatan Bersama antarabangsa (JIT) yang diketuai Belanda membuat kesimpulan bahawa pesawat itu ditembak oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia di Donbas.
Kementerian Luar Rusia berkata bahawa dakwaan JIT berhubung kaitan Rusia dengan nahas itu adalah tidak berasas, sambil menambah bahawa siasatan itu berat sebelah.
--BERNAMA-SPUTNIK
Bernama
Sat Mar 18 2023

Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memutuskan untuk mendengar kes yang difailkan oleh Belanda dan Australia terhadap Rusia berhubung nahas pesawat MH17 di Donbas pada 2014. - Gambar fail/REUTERS

Polis minta pemandu bas serah diri
Tindakan pemandu itu tular di media sosial TikTok menerusi satu rakaman video berdurasi 21 saat.

Malaysia hos edisi sulung Kongres Hoki Dalam Air Dunia Oktober ini
Ia melibatkan tiga kategori bagi acara 4v4 iaitu lelaki elit, wanita elit dan remaja (bercampuran).

Ustaz Azhar semakin sihat, perlu jalani rawatan susulan
Ia berdasarkan perkembangan terbaharu beliau melalui sekeping gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial Facebook menggunakan nama pena Dean Al-Barakah pada Jumaat.

Tenis: Wimbledon akan tarik balik larangan kepada pemain Rusia dan Belarus
Tetapi, pemain yang mendapat pembiayaan daripada Rusia atau Belarus tidak dibenarkan menyertai kejohanan berkenaan.

Noraini Idris dilantik Ketua Wanita UMNO Sabah
Noraini berkata, pelantikannya sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah datang sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar untuk dilaksanakan.

Nur Shahida mengaku sudah berkali nasihat suaminya Aliff Syukri
"Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau."

UiTM Machang guna iMistroom 2000 bantu mahasiswa hasil cendawan tiram putih
Kaedah iMistroom dan IoT ini dapat membantu mahasiswa dan komuniti setempat menjana pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup.

Liga Super: Kepulangan pemain kebangsaan legakan Gergasi Merah - Cheng Hoe
Kemenangan itu mampu menjadi tonik terbaik buat pasukan untuk tampil lebih progresif dalam saingan liga musim ini.

Ringgit dijangka diniaga secara agresif pada jajaran 4.39-4.41 minggu depan
Ringgit menokok agak tinggi berbanding dolar US berikutan petunjuk Fed yang kurang memberangsangkan telah melemahkan nilai dolar US.

Olahraga: UK Athletics larang atlet transgender bersaing dalam kategori wanita
Keputusan itu mendapat sokongan bekas Olimpian negara itu walaupun ia juga mendapat tentangan daripada beberapa kumpulan.

ICAO putuskan dengar kes MH17 terhadap Rusia
Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memutuskan untuk mendengar kes yang difailkan oleh Belanda dan Australia terhadap Rusia berhubung nahas pesawat MH17.

Malaysia kekalkan kerusi Ahli Majlis ICAO enam penggal berturut-turut
Ini menjadikan Malaysia kekal sebagai ahli Majlis ICAO untuk enam penggal berturut-turut sejak tahun 2007 dengan memperoleh 136 undi.

Penarafan keselamatan udara Malaysia dikembalikan kepada kategori 1
Penarafan keselamatan udara Kategori 1 bermakna pihak berkuasa penerbangan awam Malaysia mematuhi piawaian keselamatan ICAO.

Malaysia-China setuju tingkat kekerapan penerbangan
Kuala Lumpur dan Beijing akan menyediakan ruang yang secukupnya untuk peningkatan penerbangan kelak.

Malaysia harap dapat kekal kerusi dalam Majlis ICAO
Malaysia berharap dapat mengekalkan kerusi dalam Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) selepas rekod prestasi 15 tahun, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.

Malaysia ikrar sertai misi ICAO bagi pemulihan industri penerbangan pasca COVID-19
Malaysia berikrar akan mengambil bahagian secara aktif dalam misi berterusan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Malaysia dapatkan sokongan LACAC untuk kekal sebagai Ahli Majlis ICAO
Ka Siong berkata beliau kini berada di Montevideo, Uruguay bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Ke-24 LACAC yang bermula Rabu ini.

Pesawat Israel hanya lintas ruang udara, tidak dibenar berlegar atau mendarat - MOT
Pesawat itu dibenarkan melalui ruang udara Malaysia mengikut peraturan ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Fasa kedua sistem FODDS KLIA dijangka siap menjelang November - MAHB
Radar tersebut mampu mengesan sebarang Serpihan Objek Asing pada jarak 500 meter dalam masa 10 saat dengan menggunakan teknologi radio terkini berbanding teknologi gentian.

Nahas helikopter Taman Melawati: BSKU mulakan siasatan, laporan awal dalam 30 hari - MOT
Laporan awal siasatan perlu disediakan dalam masa 30 hari dari tarikh kejadian kemalangan udara tersebut.