Sepanjang minggu lalu, semangat ingin tahu warga Malaysia terhadap maklumat dan berita banyak tertumpu kepada beberapa peristiwa utama yang berlaku dalam negara.
Antara yang menjadi perhatian adalah khabar sedih bekas ratu cantik negara yang pelbagai bakat, Samantha Schubert, yang meninggal dunia akibat barah pankreas; hari terakhir Dr Zeti Akhtar Aziz bertugas dan diganti dengan Gabenor Bank Negara yang baharu Datuk Muhammad Ibrahim, sekitar Pilihan Raya Negeri Sarawak dan juga beberapa perkembangan berkaitan cuaca panas.
Untuk berita-berita itu dan selainnya, berikut adalah berita pilihan pengarang Astro AWANI bagi minggu bermula 25 April sehingga 1 Mei, 2016:
ISNIN, 25 APRIL
Bekas Miss Malaysia/World Samantha Schubert, 47 meninggal dunia
Pelakon dan penerbit, Samantha Schubert meninggal dunia di Pusat Rawatan Prince Court di sini pada 7.16 petang selepas menderita barah pankreas. Beliau berusia 47 tahun. Perkara ini disahkan oleh sahabat baik Schubert, pelakon dan penerbit di Catwoman Productions, Susan Lankaster dalam mesej WhatsApp kepada Astro AWANI.
Semua Darjah Kebesaran Negeri MB Terengganu dilucut berkuat kuasa 22 April
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman berkuat kuasa Jumaat, 22 April. Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu pada 25 April.
SELASA, 26 APRIL
'Shahidan, turun lihat sendiri paras air di kolam tadahan Bukit Merah' - Zambry
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir meminta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim supaya melihat sendiri keadaan sebenar paras air yang semakin susut dan kritikal di kolam tadahan air Bukit Merah.
Tiara Jacquelina, Afdlin Shauki sedih kehilangan Samantha Schubert
Penggiat seni tanah air rata-rata terkejut dengan pemergian pelakon dan penerbit Samantha Schubert yang meninggal dunia pada malam Isnin. Puan Sri Tiara Jacquelina, Afdlin Shauki, Sharifah Amani dan Adibah Noor antara yang menzahirkan rasa dukacita dan takziah.
RABU, 27 APRIL
Muhammad Ibrahim dilantik Gabenor Bank Negara baharu
Datuk Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia untuk tempoh lima tahun mulai 1 Mei. Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan media.
Janji Gabenor Bank Negara Malaysia baharu
Datuk Muhammad Ibrahim menyifatkan pelantikannya sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai peluang bagi beliau menyumbang kepada negara. Beliau berkata kestabilan sistem kewangan dan ekonomi negara merupakan keutamaannya buat masa kini.
KHAMIS, 28 APRIL
Perginya 'Romeo & Juliet Teluk Intan', bawa cinta, tinggalkan ilmu untuk kita
Kisah yang pasti diketahui dan dirasai oleh semua warga Teluk Intan. Ia tentang kisah hidup pasangan berbangsa Cina yang sentiasa dilihat berada di tepi jalan raya sekitar bandar itu, mengutip kotak dan tin. Dikenali sebagai ‘uncle’ dan ‘aunty’, pasangan tersebut dikatakan mencari rezeki dengan hanya mengutip barangan kitar semula, menggunakan basikal roda tiga.
Pesawat dipanah petir sebelum mendarat di London
Penumpang penerbangan British Airways BA857 dari Prague ke London berkongsi pengalaman cemas di media sosial selepas pesawat yang dinaiki dipanah petir.Bbagaimanapun, pesawat berkenaan selamat mendarat di Lapangan Terbang Heathrow.
JUMAAT, 29 APRIL
Sarawak Memilih: Temubual eksklusif Agenda AWANI Khas bersama Tan Sri Adenan Satem
Tumpuan rakyat Malaysia dan pemerhati politik serantau tentunya pada perjalanan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11. Video temubual eksklusif Agenda AWANI bersama Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem tentang transformasi serta hala tuju negeri terbesar di Malaysia itu mendapat perhatian ramai pada 29 April.
Cukai kediaman di Sarawak kurang RM50 dihapuskan
Berita baik buat rakyat Sarawak. Kadar penilaian cukai kediaman bagi mereka yang membayar cukai taksiran sebanyak 50 ringgit ke bawah kini tidak lagi perlu menjelaskan cukai selepas menikmati potong 100 peratus.
SABTU, 30 APRIL
Anggota polis ditemui mati dalam parit
Seorang anggota polis ditemui mati di dalam parit di Jalan Kampung Tengah, Sungai Abong, Muar. Mangsa yang dikenali sebagai Roydin Jamaludin ditemui kira-kira 9 pagi dengan terdapat kesan luka pada tubuhnya.
Tan Sri Zeti yang saya kenali...
Penghargaan khas dari wartawan meja bisnes Astro AWANI Najib Mat Aroff kepada bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz. Najib bercerita tentang wibawa, karisma, kebijaksanaan dan kesantunan Zeti dari pandangan mata seorang wartawan.
AHAD, 1 MEI
Chong Wei raih gelaran juara Badminton Asia kali kedua selepas 10 tahun
Jaguh badminton Malaysia Datuk Lee Chong Wei mencatat satu lagi kemenangannya menentang pemain nombor satu dunia, Chen Long, dan meraih gelaran juara Kejohanan Badminton Asia bagi kali kedua di Wuhan, China
Henti perkhidmatan polis pengiring Mahathir tindakan tepat - Nazri
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz melontarkan pandangan bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi perlu diberikan perkhidmatan polis pengiring kerana beliau sendiri memilih untuk bergerak ke tempat yang boleh membahayakan dirinya selain menunjukkan penentangan terhadap pentadbiran kerajaan sedia ada.
Hamzah Hamid
Mon May 02 2016
Senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 25 April hingga 1 Mei.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
#ICYMI Pilihan Pengarang (7-13 Nov 2016)
Berikut adalah rangkuman berita pilihan pengarang Astro AWANI sepanjang minggu dari 7 hingga 13 November 2016.
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (5-11 September 2016)
Berikut adalah senarai Berita Pilihan Pengarang sepanjang minggu bermula 5 hingga 11 September 2016.
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (15 - 21 Ogos 2016)
Berikut ialah berita pilihan pengarang bagi minggu bermula Ogos 15-21, 2016.
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (25-31 Julai 2016)
Berikut adalah Berita Pilihan Pengarang Astro AWANI yang menjadi tumpuan umum sepanjang minggu, dari 25 hingga 31 Julai 2016.
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (6-12 Jun 2016)
Berikut adalah senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 6 hingga 12 Jun 2016.
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (30 Mei - 5 Jun)
Berikut adalah berita-berita yang menjadi tumpuan pengunjung di portal Astro AWANI mulai Mei 30 dan 5 Jun, 2016. Baca.
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (25 April - 1 Mei)
Ikuti rangkuman berita pilihan pengarang yang menjadi tumpuan ramai sepanjang minggu lalu (25 April hingga 1 Mei).
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (28 Mac- 3 April)
Himpunan berita Astro AWANI yang paling menjadi tumpuan sepanjang minggu bermula 28 Mac hingga 3 April 2016.
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (29 Feb - 6 Mac 2016)
Ikuti rangkuman berita paling hangat dan menarik perhatian sepanjang minggu (29 Februari hingga 6 Mac) pilihan pengarang Astro AWANI.
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (18 - 24 Januari 2016)
Rangkuman berita popular pilihan pengarang Astro AWANI sepanjang minggu bermula 18 Januari hingga 24 Januari 2016.