NATIONAL
Identiti baharu ibu pejabat AmBank perkenal ilustrasi LED unta terbesar karya Datuk Lat

Sempena sambutan ulang tahun ke-50, Kumpulan AmBank memaparkan ilustrasi LED yang bertenaga bagi maskot kesayangan bank itu, unta ikonik hasil sentuhan kartunis tersohor negara, Datuk Lat.
KUALA LUMPUR: Sempena sambutan ulang tahun ke-50, Kumpulan AmBank memaparkan ilustrasi LED yang bertenaga bagi maskot kesayangan bank itu, unta ikonik hasil sentuhan kartunis tersohor negara, Datuk Lat.
Paparan itu meruoakan ilustari terbesar Lat atau nama sebenarnya, Mohammad Nor Mohd Khalid.
Maskot ilustrasi terbesar seniman itu ditonjolkan di ibu pejabat korporat bank berkenaan di tengah-tengah segi tiga emas Kuala Lumpur
Penghormatan visual yang menarik ini menandakan kesinambungan kerjasama bersejarah antara AmBank dan Lat yang mana ilustrasi unta lucunya telah sinonim dengan identiti bank itu selama berdekad.Pengerusi Emeritus dan Penasihat Kehormat, Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim berkata, ilustrasi terbaharu Lat itu membawa bank yang diasaskan beliau itu kembali menyelusuri banyak kenangan indah
"Melihat unta yang diubah suai oleh Datuk Lat bersinar di muka depan kaca ibu pejabat kami membawa kembali begitu banyak kenangan terindah.
"Bangunan itu telah menjadi saksi kepada pertumbuhan bank selama ini, yang ditakrifkan oleh ketekunan, inovasi dan dedikasi kami untuk meraikan kecemerlangan kami.
Di kala kami menyambut Jubli Emas bank, saya amat bersyukur melihat transformasi luar biasa bank itu menjadi salah satu institusi kewangan terkemuka di Malaysia,” kata Azman.
Bangunan AmBank Group terletak di Jalan Raja Chulan, di sini, dan berdiri megah setinggi 26 tingkat.
Menara berbentuk trapezoid itu dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad pada 1987.
Dengan keanggunan tersendiri, menara ini terletak di persimpangan yang sibuk menghubungkan Jalan Raja Chulan dan Jalan P. Ramlee, memberikan pemandangan yang tidak terganggu pada muka depan kacanya.
Dari segi sejarah, Lat telah ditugaskan untuk menghasilkan ilustrasi untuk iklan produk AmBank dari 1984 hingga 1991.
Karya seni tersebut memberi penghormatan kepada pelbagai personaliti kumpulan dan peristiwa yang berlaku semasa bank itu dikenali sebagai Arab-Malaysian dengan pendekatan yang santai, lucu dan ringan.
Diceritakan semula dengan tema ulang tahun ke-50 AmBank ‘Malaysia Kita’, ilustrasi kerjasama baharu telah dihasilkan oleh Lat yang merangkumi nilai-nilai perpaduan, kebersamaan dan kepelbagaian.
Karya-karya baharu ini akan diterbitkan dalam beberapa minggu akan datang untuk dihayati dan dihargai oleh rakyat Malaysia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami