Identiti dua mangsa yang ditemukan lemas ketika memancing di sungai berhampiran Kem Sungai Buloh semalam, sudah dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt S. Somu berkata mayat pertama yang ditemukan dikenali sebagai Hashir, 38, seorang warga Indonesia manakala seorang lagi mangsa dikenali sebagai Jamaluddin Rapawi, 14.
Katanya, tiga mangsa yang masih belum dijumpai ialah bapa kepada Jamaluddin iaitu Rapawi Jum'ada, 37, Jaleha Hashim, 48, dan Silawati Zailan (umur belum dapat dipastikan).
"Bedah siasat akan dijalankan hari ini di Hospital Sungai Buloh sebelum diserahkan kepada anggota keluarga mangsa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurutnya, kejadian ini merupakan yang pertama sejak 2013 dan polis akan melarang orang awam memancing di kawasan berkenaan atas faktor keselamatan.
Dalam pada itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa hilang dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Gasi berhampiran Kem Sungai Buloh dekat sini, diperluaskan sehingga 20 kilometer dari jarak mangsa dihanyutkan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Azmi Osman berkata operasi diteruskan hari ini dengan kekuatan lebih 70 anggota bomba bersama agensi lain seperti polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Azmi berkata pihaknya turut menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor untuk membuat pencarian.
"Anggota dari Balai Bomba Kuala Selangor akan membuat pencarian dari bawah menuju ke lokasi mangsa dilaporkan hanyut.
"Pencarian dari lokasi kejadian juga akan diteruskan, ini strategi yang dirancang untuk hari ini," katanya kepada pemberita di sini.
Selain itu, Azmi berkata Unit Anjing Pengesan (K9) Bomba dan Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) juga digunakan untuk melakukan pencarian di lokasi yang dikenal pasti.
"Anggota PPDA akan melakukan pencarian di lubuk di kawasan sungai itu," katanya.
Dalam perkembangan sama, Azmi berkata pihaknya menasihati masyarakat untuk tidak melakukan aktiviti air seperti memancing di sungai atau tali air.
Katanya, sebanyak 12 mangsa dilaporkan mati lemas dalam tempoh Januari hingga hari ini di Selangor.
"Sebanyak 10 mangsa meninggal dunia ketika menjalani aktiviti di sungai manakala dua lagi di tali air," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2018

Anggota Bomba dan Penyelamat meneruskan operasi mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa hilang dikhuatiri lemas sekitar Sungai Gasi pagi tadi. --fotoBERNAMA

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

40 anggota bomba balai Tapah bebas COVID-19
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Perak mengesahkan 40 anggota di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah bebas daripada wabak COVID-19.