awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Identiti warga emas maut kemalangan empat kenderaan dikenal pasti

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/08/2021
05:35 MYT
Identiti warga emas maut kemalangan empat kenderaan dikenal pasti
Kemalangan berlaku apabila motosikal mangsa dipercayai mengubah laluan secara tiba-tiba sebelum dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora yang gagal mengelak. - Foto PDRM
SLIM RIVER: Polis mengenal pasti identiti warga emas yang maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan tiga kenderaan lain di Kilometer 106, Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, mangsa dikenali sebagai Martoyo Abd Halim, 62, yang mendapat taraf penduduk tetap.
Dalam kemalangan kira-kira jam 6.03 petang berhampiran simpang Tanah Perkuburan Islam Sempa itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Sulizmie Affendy berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal mangsa dipercayai mengubah laluan secara tiba-tiba sebelum dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora yang gagal mengelak.
Pada masa yang sama, sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer dan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 telah terlanggar motosikal mangsa.
Pemandu Proton Exora dan Mitsubishi Lancer tidak mengalami kecederaan manakala penunggang motosikal Yamaha Y15 mengalami luka ringan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#warga emas
#kemalangan empat kereta
#Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur
#dirempuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan