NATIONAL
Ideologi keganasan: Adik suspek serang Balai Polis Ulu Tiram mengaku tidak bersalah

Mariah Radin Imran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas tuduhan tidak memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan sejak tujuh tahun lalu. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Adik kepada lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram Mei lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, atas satu pertuduhan tidak memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan sejak tujuh tahun lalu.
Ringkasan AI
- Mariah Radin Imran, 19, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas tuduhan tidak memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan sejak tujuh tahun lalu.
- Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
- Mahkamah menetapkan 9 Januari 2025 untuk pengurusan kes, dan kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam, dengan Mariah diwakili peguam Arief Firdaus Ashikin.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam dan tertuduh diwakili peguam, Arief Firdaus Ashikin.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 9 Januari 2025 untuk pengurusan kes.
Pada 24 September lalu, Mahkamah Sesyen Johor Bahru memerintahkan lima anggota keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram, yang berdepan sembilan pertuduhan berasingan berkaitan keganasan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini.
Mereka ialah bapa penyerang, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 62; ibunya Rosna Jantan, 59; dan tiga adik-beradiknya Radin Romyullah Radin Imran, 34; Farhah Sobrina Radin Imran, 23; dan Mariah. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami