awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Idris Haron sedia tanding di kerusi DUN

Astro Awani
Astro Awani
14/02/2013
16:24 MYT
Idris Haron sedia tanding di kerusi DUN
Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron sedia untuk bertanding kerusi dewan undangan negeri, DUN pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Beliau menjelaskan, semuanya terpulang kepada keputusan pucuk pimpinan parti untuk menentukan masa depannya dalam politik.
Idris berkata apa yang lebih dipentingkan ialah untuk memastikan Barisan Nasional menang selesa dalam PRU-13.
"Saya menyerahkan masa depan saya dan untung nasib saya dalam bidang politik ini kepada pimpinan parti. Kita telah membuat ikrar dan siapa saja yang dipilih kita akan memberi sokongan penuh,” kata Idris.
Idris yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO memenangi kerusi parlimen Tangga Batu mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat, (PKR) pada Pilihan Raya lalu.
Nama Idris kini disebut-sebut sebagai calon Ketua Menteri Melaka selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam menyatakan kesediaan bertanding untuk kerusi parlimen pada PRU-13.
Mohd Ali dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang kesembilan menggantikan Datuk Seri Abu Zahar Isnin pada 2 Disember 1999.
Beliau sebelum itu pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Kesihatan.
Topic Berkaitan
#Datuk Ali Rustam
#Datuk Idris Haron
#Melaka
#PRU13
#Tangga Batu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan