awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Kelantan buru wanita warga asing dalangi sindiket ganja, tiga suspek ditahan
VM2026: Malaysia sasar 4.6 juta pelancong Indonesia
Lebih 40,000 pelajar pedalaman manfaat MyRailLife, bergantung kepada tren KTMB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Idris Haron terlibat kemalangan kecil di Lebuhraya PLUS

Raffi Bachik
Raffi Bachik
28/05/2016
02:58 MYT
Idris Haron terlibat kemalangan kecil di Lebuhraya PLUS
Dalam kejadian itu, kenderaan rasminya merempuh sebuah kenderaan lain.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron terselamat dalam kemalangan jalan raya di KM 268 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Seremban sekitar 6.50 petang Jumaat.
Dalam kejadian itu, kenderaan rasminya merempuh sebuah kenderaan lain.
Ketika kejadian, beliau dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Melaka, bagi menghadiri majlis makan malam negeri sempena pelantikan Tun Mohd Khalil Yaakob sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal keempat.
Beliau memaklumkan, laporan polis juga sudah dibuat di Balai Polis Trafik Seremban oleh pemandunya.
Idris ketika dihubungi, mengesahkan kejadian terbabit dan bersyukur tiada kecederaan dialami beliau termasuk pemandu serta seorang pengawal peribadinya yang turut berada di dalam kenderaan jenis mercedes S400 itu.
Katanya, insiden berlaku apabila sebuah kereta tiba-tiba mengubah laluan namun pemandunya sempat menekan brek tetapi gagal mengelak, menyebabkan kereta mereka melanggar bahagian belakang kereta tersebut.
Menurut Idris, selepas kemalangan itu, beliau menyambung perjalanan dengan menaiki kereta lain dan sempat menghadiri majlis tersebut yang berlangsung di Philea Resort Ayer Keroh itu.
Topic Berkaitan
#idris haron
#Ketua Menteri Melaka
#Lebuhraya PLUS
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan