KUALA LUMPUR: IJM Corp Bhd menjual 494.86 juta saham biasa dalam IJM Plantations Bhd (IJMP), mewakili 56.20 peratus kepentingan ekuiti kepada Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) berharga RM3.10 setiap satu atau berjumlah RM1.53 bilion.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, IJM berkata ia bercadang menggunakan RM800 juta daripada hasil aktiviti pengurusan modal, RM450 juta untuk peluang pelaburan masa depan dan perbelanjaan modal, RM19.6 juta untuk modal kerja umum dan RM4 juta bagi perbelanjaan anggaran.
"Pertimbangan jualan itu telah ditentukan berdasarkan kerelaan pembeli dan penjual mengikut harga yang ditawarkan KLK.
"Penjualan ini adalah seiring dengan objektif strategik kumpulan dalam memperkemaskan perniagaan untuk menumpukan kepada pembinaan, pembangunan hartanah, konsesi infrastruktur serta pembuatan bahan binaan dan pengkuarian," menurut IJM.
Konglomerat itu yakin penjualan berkenaan akan memperkukuh kedudukan kewangannya dan menawarkan fleksibiliti kewangan untuk merebut peluang perniagaan, dana modal kerja dan memberi ganjaran kepada pemegang saham menerusi aktiviti pengurusan modal.
"Ia juga akan membolehkan IJM untuk membuka nilai pelaburannya dalam IJMP dan memberi laluan kepada pemegang saham minoriti untuk menjana wang pelaburan mereka dalam IJMP," menurut kumpulan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 28 2021
IJM berkata ia bercadang menggunakan RM800 juta daripada hasil aktiviti pengurusan modal, RM450 juta untuk peluang pelaburan masa depan dan perbelanjaan modal, RM19.6 juta untuk modal kerja umum. - Foto IJM
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
IJM Corp jual 56.20 peratus kepentingan dalam IJM Plantations bernilai RM1.53 bilion
IJM Corp Bhd menjual 494.86 juta saham biasa dalam IJM Plantations Bhd (IJMP), mewakili 56.20 peratus kepentingan ekuiti kepada Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) berharga RM3.10 setiap satu.