KUALA LUMPUR: Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa (iKAF) melalui Misi Kemanusiaan Insani 4 Palestine (i4P) akan menghantar bantuan kecemasan ke Gaza meliputi ubat-ubatan, peralatan perubatan serta keperluan musim sejuk melalui Bulan Sabit Merah Mesir (ERC) dalam masa terdekat.
iKAF dalam satu kenyataan memaklumkan, kumpulan sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu yang diketuai Pengerusinya, Datuk Fathul Bari Mat Jahya telah tiba di Kaherah sejak dua hari lalu bagi menyampaikan bantuan tersebut.
Menurut Fathul Bari, proses pembelian barangan bantuan akan dilakukan di Kaherah sebelum dihantar ke Gaza melalui Rafah.
“Kita mensasarkan bantuan perubatan dan ‘relief’ untuk spesifik kanak-kanak yang kita cuba cari dengan kerjasama ERC.
“Insya-Allah petang ini kami akan dapatkan senarai penuh barangan yang sangat-sangat diperlukan dan ada dalam pasaran supaya kita boleh beli dan selesaikan dalam tempoh dua hari dan kita akan buat penghantaran ke sempadan Rafah,” katanya pada Rabu.
Kenyataan itu menambah, pertemuan telah diadakan bersama Ketua Pegawai Eksekutif ERC, Dr Ramy El Nazer di Ibu Pejabat ERC di Kaherah semalam, bagi membincangkan bantuan kecemasan diperlukan warga Palestin di Gaza ketika perang masih berlaku di wilayah konflik itu.
Sementara itu, Dr Ramy memaklumkan ERC akan memberikan kerjasama penuh kepada NGO kemanusiaan berkenaan.
“Kami (ERC) akan berada di sini untuk membimbing dan menyokong anda (bantuan kemanusiaan kepada Gaza).
“Tuhan memberkati anda untuk semua usaha (untuk membantu rakyat Palestin di Gaza),” kata Dr Ramy.
Dalam masa yang sama, sukarelawan i4P turut mengadakan kunjungan hormat kepada Duta Besar Malaysia ke Mesir, Zamani Ismail di Kaherah untuk memaklumkan mengenai perancangan dan perjalanan misi kemanusiaan tersebut.
ERC merupakan satu-satunya organisasi yang diberikan mandat oleh Kerajaan Mesir untuk memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada warga Palestin di Gaza melalui sempadan Rafah.
Hasimi Muhamad
Wed Nov 15 2023
Fathul Bari (tiga dari kanan) berkata proses pembelian barangan bantuan akan dilakukan di Kaherah sebelum dihantar ke Gaza melalui Rafah - Foto/iKAF
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
iKAF hantar bantuan kecemasan ke Gaza melalui Bulan Sabit Merah Mesir
Menurut Fathul Bari, proses pembelian barangan bantuan akan dilakukan di Kaherah sebelum dihantar ke Gaza melalui Rafah.