awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
P.Pinang tersenarai antara destinasi terbaik untuk dilawati oleh CNN dan New York Times
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikan siakap harga empat angka: KPDNHEP arah pemilik restoran jelaskan kos operasi

Salim Aziz
Salim Aziz
08/11/2021
12:48 MYT
Ikan siakap harga empat angka: KPDNHEP arah pemilik restoran jelaskan kos operasi
Mohd Shahran berkata penjelasan itu perlu diberikan sebelum 11 November. - Gambar/ Astro AWANI
ALOR SETAR: Pemilik restoran terapung yang terbabit dalam isu hidangan ikan siakap berharga lebih RM1,000 di Taman Geoforest Karst Kilim, Langkawi, diberi masa lima hari untuk membuat penjelasan mengenai kos operasinya.
Ketua Pegawai Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad, berkata penjelasan itu perlu diberikan sebelum 11 November.
"KPDNHEP telah mengeluarkan notis kepada pemilik restoran berkenaan ketika tinjauan pegawai KPDNHEP pada 5 November. Penjelasan perlu diberikan oleh pemilik restoran sebelum 11 November ini.
"Segala maklumat yang diberikan akan dianalisis menggunakan mekanisme pencatutan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
"Antara keterangan yang diperlukan adalah maklumat berkaitan kos operasi termasuk kos barangan, kos utiliti serta kos upah berdasarkan kepada peratusan mark up atau peratusan margin bagi tempoh tiga tahun sebelumnya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
AWANI Ringkas: Ikan Siakap Mahal | Pemilik restoran tampil beri penjelasan
BACA: Kenapa ikan siakap di Langkawi dijual pada harga RM1,196 seekor? Ini penjelasan pemilik restoran...
BACA: Lagi kisah 'ikan siakap harga empat angka'
Mengulas lanjut, Mohd Shahran berkata kes itu diklasifikasi sebagai dalam siasatan.
Beliau dalam pada itu menjelaskan, notis itu bagaimanapun tidak bermakna pemilik restoran terbabit sudah melakukan kesalahan.
Beberapa hari lepas tular mengenai kumpulan pelancong yang mendakwa dikenakan bayaran RM1,196.80 untuk ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang dipesan mereka.
Namun pemilik restoran menegaskan ikan itu biasanya tidak dijual, tetapi dipelihara sebagai sebahagian pertunjukan untuk tontonan pengunjung pengunjung restoran, malah harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu.
Topic Berkaitan
#ikan siakap
#Langkawi
#restoran terapung
#KPDNHEP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan