awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikhtiar terakhir selamatkan Nagaenthran daripada hukuman mati gagal

Bernama
Bernama
26/04/2022
12:26 MYT
Ikhtiar terakhir selamatkan Nagaenthran daripada hukuman mati gagal
Warga Malaysia berusia 34 tahun itu dijadualkan dihukum gantung pada Rabu. - Gambar/ change.org
SINGAPURA: Mahkamah Rayuan Singapura pada Selasa menolak rayuan terakhir yang difailkan ibu Nagaethran Dharmalingam untuk mencabar keputusan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya.
Dengan keputusan itu menamatkan ikhtiar saat akhir warga Malaysia berusia 34 tahun itu yang dijadualkan dihukum gantung pada Rabu (27 April) selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati ke atasnya bulan lalu.
Panchalai Supermaniam memfailkan permohonan itu dengan bantuan rakan-rakan dan aktivis tanpa diwakili mana-mana peguam.
Terdahulu, semasa perbicaraan, Panchalai berkata melalui jurubahasa: "Saya ibunya. Saya membuat petisyen. Kami mahu dia hidup...Kami perlu mendapatkan peguam untuk kes ini."
Beliau ditemani anak saudaranya Thenmoli Sunniah.
Asas kepada cabaran undang-undang itu ialah Hakim Sundaresh Menon yang mengetuai dan menolak rayuan Nagaenthran sebelum ini merupakan Peguam Negara yang telah mendakwa Nagaenthran dan memastikan sabitannya.
Perbicaraan didengar di hadapan tiga Hakim iaitu Andrew Phang; Judith Prakash; dan Belinda Ang bermula 2.30 petang dan ditangguhkan kira-kira 30 minit kemudian sebelum disambung semula pada 4.30 petang untuk mendengar keputusan.
Selepas permohonan ibunya ditolak, mahkamah membenarkan Nagaentran berpegangan tangan dengan tujuh ahli keluarganya yang hadir di kamar mahkamah.
Mengenakan pakaian seragam penjara berwarna ungu, Nagaentran kelihatan tenang semasa bercakap dengan ibu dan ahli keluarganya.
Berasal dari Perak, Nagaenthran dijatuhi hukuman mati pada 2010 kerana mengedar 42.72g heroin pada 2009 ke Singapura, yang diketahui antara negara yang mempunyai undang-undang narkotik paling tegas di dunia.
Kes Nagaentran menarik perhatian pihak luar.
Pada 7 Nov 2021, dilaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menulis surat kepada rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong memohon kelonggaran dalam kes itu.
Sementara itu, pada 3 Dis, Presiden Singapura Halimah Yacob berkata Nagaenthran telah diberikan proses undang-undang yang sewajarnya.
Peguam Nagaenthran mendakwa anak guamnya kurang upaya dari segi intelek.
Dia sepatutnya dihukum gantung pada 10 Nov 2021, tetapi memperoleh penangguhan sementara pada 9 Nov selepas mahkamah diberitahu dia positif COVID-19 ketika hadir untuk percubaan rayuan terakhir terhadap hukuman matinya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#Dadah
#Nagaethran Dharmalingam
#hukuman mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan