Dua iklan terbitan Maxis dan Astro untuk sambutan Hari Kebangsaan ke-57 dan Hari Raya Aidilfitri merupakan iklan paling popular di YouTube untuk bulan Julai hingga September tahun ini.

Iklan It’s ok. We’re family – Maxis Merdeka 2014 menduduki tangga teratas dalam senarai tersebut.

Manakala iklan Aidilfitri Astro Kosong-Kosong – Zizan Razak yang bertajuk Jiranku, Musuhku menduduki tangga kedua.

Iklan untuk kempen Merdeka oleh Penerbangan Malaysia yang bertajuk Terbang, A Malaysian story #flyinghigh berada di tangga keempat paling popular.

Enam daripada sepuluh iklan yang tersenarai bertema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Aidilfitri, sambutan yang diraikan dalam tempoh tiga bulan tersebut.


Maxis: It's ok. We're family - Maxis Merdeka 2014



Astro: [Raya 2014] Aidilfitri Astro KosongKosong - ZizanRazak (Jiranku, Musuhku)



Malaysia Airlines: TERBANG, A Malaysian story - #flyinghigh - Merdeka 2014 short film

Berdasarkan senarai, kesemua video berdurasi lebih 30 saat dengan tiga daripadanya melepasi 7 minit.

Ini menunjukkan penonton video di YouTube akan menonton video yang berdurasi panjang jika sesebuah jenama iklan menampilkan cerita yang baik.

Berikut merupakan senarai penuh:

1. Maxis: It's ok. We're family - Maxis Merdeka 2014
2. Astro: [Raya 2014] Aidilfitri Astro KosongKosong - ZizanRazak (Jiranku, Musuhku)
3. Samsung: Samsung GALAXY Note 4 – Official Introduction
4. Malaysia Airlines: TERBANG, A Malaysian story - #flyinghigh - Merdeka 2014 short film
5. Nissan: Atuk (Nostalgia Raya Bersama Nissan 2014)
6. KLM: Lost & Found service
7. IKEA: Experience the power of a bookbook™
8. TV3: Muzik video AnugerahSyawalBunkface 2014 - TV3
9. Cornetto: Hikayat Po and Lang Episod 2
10. Proton: Proton Sepanjang Raya