awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imam Besar Masjid Negara kongsi pengetahuan melalui program Interaktif al-Quran di Sabah

Bernama
Bernama
18/04/2017
13:37 MYT
Imam Besar Masjid Negara kongsi pengetahuan melalui program Interaktif al-Quran di Sabah
Para imam disarankan sentiasa berusaha mempertingkat kualiti bacaan mereka dari semasa ke semasa dan berharap program Interaktif al-Quran boleh membantu mereka meningkatkan kualiti bacaan. Gambar hiasan
Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad hari ini berkongsi kemahiran dan pengetahuannya dalam aspek penguasaan bacaan al-Quran dengan kira-kira 150 imam dan pegawai masjid di Sabah.
Program sehari yang dinamakan Interaktif Al-Quran itu dilaksanakan melalui kerjasama pintar antara Masjid Negara, Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) bertujuan meningkatkan kualiti dan penguasaan bacaan al-Quran dalam kalangan imam dan pegawai masjid.
"Penguasaan bacaan al-Quran sesuai dengan kedudukan imam yang dipandang tinggi di mata masyarakat. Kita melihat bahawa kemahiran dan penguasaan bacaan al-Quran para imam merupakan perkara pokok yang perlu dititik beratkan.
"Kualiti bacaan seseorang imam itu dijadikan kayu pengukur dan memberi gambaran imej profesionalisme seseorang imam," kata Shaikh Ismail ketika berucap pada majlis penutupan program yang diadakan di Masjid Negeri, di sini hari ini.
Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sabah Mat Radzi Mat Ali.
Beliau menyarankan para imam agar sentiasa berusaha mempertingkat kualiti bacaan mereka dari semasa ke semasa dan berharap program Interaktif al-Quran berkenaan boleh membantu mereka meningkatkan kualiti bacaan. -- Bernama
Topic Berkaitan
#bacaan al-Quran
#imam
#Imam Besar Masjid Negara
#Interaktif al-Quran
#Shaikh Ismail Muhammad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan