awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ifa Raziah menangis berpisah dengan pembantu rumah, anggap seperti keluarga
Program Sunat Perdana bawa kanak-kanak naik beca, tonjol warisan negeri
Keputusan kes 1MDB: Reformasi institusi perlu diteruskan - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imam Masjid Nabawi ajak umat Islam bersatu padu

Bernama
Bernama
26/04/2013
12:39 MYT
Imam Masjid Nabawi ajak umat Islam bersatu padu
Imam Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi Sheikh Salah Al-Budair hari ini mengajak umat Islam di Malaysia supaya bersatu padu dan mengelakkan perbalahan sesama masyarakat yang boleh memberi mudarat kepada negara.
Katanya umat Islam di negara ini sebaliknya perlu mencari jalan melakukan amalan kebaikan yang bermanfaat kepada masyarakat secara keseluruhan kerana setiap amalan kebaikan yang dilakukan akan diingati selamanya, walaupun selepas seseorang itu telah meninggal dunia.
"Justeru kita perlu memikirkan, sebelum kita mati, apa kebaikan yang kita tinggalkan kepada keturunan kita, sebagaimana kita nampak secara pasti, orang yang bermanfaat kepada manusia itulah orang yang paling berguna," katanya ketika membacakan khutbah Jumaat, sebelum mengimamkan solat Jumaat di Masjid Negara, di sini Jumaat.
Khutbah dalam bahasa Arab itu diterjemahkan oleh penterjemah dari Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, Zainal Abidin Malim.
Sheikh Salah yang juga berkhidmat sebagai hakim di Mahkamah Tinggi Madinah turut mendoakan keamanan Malaysia supaya jauh daripada kacau bilau.
Selesai solat Jumaat beliau turut melawat Muzium Seni Islam dan pejabat stesen televisyen Al-Hijrah, yang terletak berhampiran Masjid Negara.
Beliau tiba di Malaysia pada Jumaat lepas atas undangan kerajaan dan akan berada di sini sehingga 4 Mei ini.
Topic Berkaitan
#Imam of Nabawi
#Malaysia
#satu padu
#Sheikh Salah Al-Budair
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan