MALAYSIA

Imbasan berita tumpuan dan insiden tular sepanjang Oktober 2020

Asyraf Roslan 31/10/2020 | 03:00 MYT
Ini antara berita tumpuan sepanjang bulan ini.
MACAM tidak percaya yang kita sudah hampir ke garisan penamat tahun 2020.
Jika diikutkan tahun ini merupakan tahun yang agak mencabar buat semua masyarakat dunia termasuk rakyat Malaysia.
Tapi tak mengapa, bak kata pepatah selepas hujan akan munculnya pelangi, sama-sama kita doakan negara kita dan seluruh dunia pulih seperti biasa.
Tapi sebelum itu, ini antara berita yang menjadi tumpuan masyarakat sepanjang bulan Oktober.
MILIKI MAJORITI? ANWAR IBRAHIM MENGHADAP YDPA
Bulan lepas, kita dikejutkan dengan berita Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa miliki majoriti di Parlimen, tetapi beliau tidak berpeluang untuk mempersembahkan sokongan yang ada.
Awal bulan ini, nama beliau kembali jadi perhatian selepas diberi peluang untuk menghadap Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 13 Oktober lepas.
Semestinya, pertemuan itu jadi perhatian ramai pihak bukan sahaja di Malaysia tetapi juga membabitkan media antarabangsa.
TAK PERLU DARURAT - AGONG
Kata kunci paling hangat dibualkan rakyat Malaysia di minggu terakhir Oktober ialah "Darurat".
Pelbagai perdebatan dan persoalan timbul di kalangan rakyat Malaysia mengenai adakah darurat akan dilaksanakan?
Namun selepas hampir 100 jam perdebatan, Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bertitah bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di malaysia buat masa ini.
Maka kata kunci "Daulat Tuanku" bergema di seluruh alam maya.
Paling penting, Seri Paduka Baginda juga mengingatkan ahli-ahli politik untuk berhenti segera daripada bermain politik yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.
BACA : Tiada keperluan isytihar darurat - Istana Negara
BACA : Mungkinkah kerajaan akan isytihar darurat kesihatan?
MACAU SCAM? SAMPAI BILA?
Ini pula cerita sindiket Macau Scam.
Boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja berita orang kena tipu, dan yang paling mendapat perhatian apabila "kepala" sindiket ini telah berjaya ditahan pihak berkuasa.
Bukan itu sahaja, ada juga selebriti yang turut dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan.
Paling menarik, kecoh cerita lelaki yang dikaitkan dengan sindiket ini melarikan diri dengan memanjat pagar!
BACA : Tahanan 'cuci duit' lari curi tumpuan
BACA : Polis dedah identiti suspek Macau Scam larikan diri dari Ibu Pejabat SPRM
BACA : Datuk Seri, dua polis ditahan reman 21 hari di bawah POCA
BACA : 'Datuk Seri' dan konco terlibat kegiatan haram diburu polis
BACA : Peringatan buat selebriti dan ahli perniagaan, jangan sampai SPRM 'jemput' - Azam
GEMPA BUMI LAUT AEGEA: ENAM TERBUNUH DALAM RUNTUHAN BANGUNAN DI TURKI
Satu kejadian gempa bumi kuat melanda Laut Aegea pada 30 Oktober, di mana gegaran itu dirasai di Greece dan Turki.
Ia melanda sekitar jam 2.50 tengah hari waktu tempatan itu dirasai di sepanjang pantai Aegean di Turki dan barat laut wilayah Marmara.
BACA : Gempa bumi kuat landa Laut Aegea, gegarkan Turki dan Greece
BACA : Gempa bumi Laut Aegea: Enam terbunuh dalam runtuhan bangunan di Turki
COVID-19 NAIK MENDADAK, PKPB DILAKSANA DI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA & SELANGOR
COVID-19 terus menyerang Malaysia.
Kali ini penularan tempatan menunjukkan peningkatan sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Tapi mengapa? Ini penjelasan daripada pakar.
GEGAR VAGANZA GAYA NORMA BAHARU, MANA NABIL AHMAD?
Pentas Big Stage musim ketiga tamat dengan Azzam Sham dinobat sebagai juara.
Dengan tamatnya penyanyi yang didominasi oleh budak-budak baru nak up (BBNU) itu, maka bermulalah perjalanan otai-otai dalam pertandingan hiburan pilihan ramai iaitu Gegar Vaganza (GV)
GV sudah masuk tahun ketujuh namun kelainannya di sini ialah program hiburan yang dikendalikan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad itu harus dilaksanakan dalam gaya norma baharu.
Tetapi satu kejutan buat peminat GV, apabila hos dan pelawak, Nabil Ahmad tidak hadir pada minggu pertama konsert itu berlangsung dan digantikan oleh Datuk AC Mizal.
Nabil pergi mana?
BACA : Gegar Vaganza: Berjalan seperti biasa tanpa penonton
BACA : Nabil Ahmad tak muncul pada konsert pertama GV7
Dapatkan juga berita-berita menarik daripada Astro AWANI melalui pautan di bawah :
BACA : Tarik nafas anda, Januari sudah berlalu
BACA : Februari pun berlalu... ini imbasan isu gempar yang berlaku
BACA : Selamat tinggal Mac, April bawa harapan baharu pada masyarakat dunia
BACA : Ini imbasan topik April lalu, sementara meneruskan cabaran bulan Mei
BACA : Aidilfitri normal baharu, selamat tinggal Mei
BACA : Imbasan berita tumpuan dan insiden tular bulan Jun 2020
BACA : Imbasan berita tumpuan dan insiden tular bulan Julai 2020
BACA : Imbasan berita tumpuan dan insiden tular bulan Ogos 2020
BACA : Mira Filzah 'off market', 'Sindrom September' Anwar Ibrahim antara berita tumpuan sepanjang bulan ini
#Yang di-Pertuan Agong #Anwar Ibrahim #SPRM #Turki #Greece #Media #PKR #rakyat Malaysia #Macau Scam #gempa bumi #Parlimen #sindiket #lelaki #Malaysia