KUALA LUMPUR :Seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ bersama dua anggota polis yang sebelum ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes sindiket perjudian Macau Scam, hari ini ditahan reman di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.
Perintah tahanan reman berkenaan dikeluarkan Majistret S. Mageswary selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman ketiga-tiga lelaki berumur 34 hingga 39 tahun itu di bawah POCA selama 21 hari bermula hari ini.
Peguam Loi Yap Loong yang mewakili ketiga-tiga suspek ketika ditanya media berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai kesalahan anak guamnya tetapi diberitahu mereka ditahan di bawah POCA.
Prosiding reman ketiga-tiga suspek yang memakai baju lokap berwarna oren bermula pukul 10 pagi dan selesai 11.30 pagi.
BACA: SPRM tahan dua pegawai polis kes judi, Macau Scam
BACA: 'Datuk Seri' dan konco terlibat kegiatan haram diburu polis
Isnin lepas, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata polis telah menahan semula tiga individu selepas mahkamah menolak perintah reman yang dimohon oleh SPRM terhadap mereka setelah ditahan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.
Beliau berkata mereka ditahan selepas dibebaskan SPRM.
Bernama
Wed Oct 14 2020

Prosiding reman ketiga-tiga suspek yang memakai baju lokap berwarna oren bermula pukul 10 pagi dan selesai 11.30 pagi. -Gambar hiasan

10 Berita Pilihan - (26 Jun 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Jun 2022.

Polis rampas 9,208.81 gram dadah ,504 individu ditahan
PDRM mengambil maklum terhadap pendedahan oleh Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia mengenai senarai 15 pusat hiburan didakwa menjadi pusat pengedaran dadah di ibu negara.

Dadah | Myanmar hapuskan dadah bernilai AS$642 juta
Pihak berkuasa Myanmar memusnahkan dadah bernilai lebih setengah bilion dolar di seluruh negara pada Ahad. Pembakaran secara besar-besaran termasuk dadah jenis candu, heroin dan methamphetamine itu menjadi acara tahunan di Myanmar ketika menyambut Hari Dadah Antarabangsa pada 26 Jun.

Kapal Perang AS | Sammy B, kapal karam paling dalam di dunia pernah ditemukan
Sebuah kapal pemusnah tentera laut Amerika Syarikat (AS) yang pernah bertempur dengan tentera Jepun dalam Perang Dunia II ditemukan di dasar laut Filipina pada kedalaman hampir 7,000 meter. Ia sekali gus menjadikan aset yang dikenali sebagai Sammy B itu sebagai kapal karam yang paling dalam di dunia pernah ditemukan.

Krisis Ekonomi | Sri Lanka cuba dapatkan minyak murah dari Rusia, Qatar
Sri Lanka yang berdepan krisis ekonomi teruk umum akan menghantar menterinya ke Rusia dan Qatar sebagai cubaan untuk dapatkan harga minyak murah, sehari selepas kehabisan bahan api di negara itu. Menteri Tenaga, Kanchana Wijesekera berkata dua menteri akan dihantar ke Rusia pada Isnin, untuk berbincang bagi mendapatkan lebih banyak bekalan minyak.

Azurin wira Malayan Tigress ikat Bangladesh
Pasukan bola sepak wanita kebangsaan gagal melunaskan dendam kekalahan memalukan kepada Bangladesh, selepas terikat tanpa jaringan pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Dhaka, malam ini.

Krisis Rusia-Ukraine | Selepas tawan Severodonetsk, Rusia sasar Kyiv
Sehari selepas Rusia mendakwa mengawal sepenuhnya bandar strategik Severodonetsk di Luhansk, serangan peluru berpandu mula menggegarkan bandar Kyiv pada Ahad. Wartawan AFP melaporkan, kompleks kediaman berhampiran pusat Kyiv telah diserang sehingga mengakibatkan kebakaran dan dipenuhi asap.

PRU15 | Tanding di Parlimen Sik hanya ura-ura - Takiyuddin
Setiausaha Agung Pas, DatuK Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan dakwaan beliau bakal bertanding di kerusi Parlimen Sik hanyalah ura-ura sahaja.

Industri Kreatif | Dana Pembangunan Modal Insan FINAS kembali
Perbadanan Filem Nasional (FINAS) akan membuka kembali Dana Pembangunan Modal Insan bagi tujuan memperkasa kemahiran penggiat industri filem di negara ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Dr Md Nasir Ibrahim. Menurutnya, setakat ini kurang daripada 50 peratus daripada dana itu telah dilulus oleh jawatankuasa penilai dan FINAS menggalakkan persatuan serta syarikat berminat mengemukakan permohonan.

Dermasiswa B40 mampu tarik minat ibu bapa galakkan anak memilih TVET
Penggiat TVET tidak boleh bersikap 'rendah diri' selepas ini dan sudah tiba masanya mereka perlu menjadi ejen perubahan kepada masyarakat.

Konvensyen PBB: Fatimah cadang pinda Perlembagaan, beri peluang sama rata kepada wanita
Fatimah Abdullah menyuarakan agar lebih ramai wanita muda berusia antara 29 hingga 40 tahun menyertai Pergerakan Wanita PBB bagi membolehkan golongan itu berada dalam kedudukan penting.

'Saya akan tegur dia' - Didie Alias nasihat Ifa Raziah agar berpada-pada
Gaya promosi juga perlu diberi perhatian agar objektif untuk menggalakkan pengunjung datang ke acara yang dikelolakan tercapai.

Mansuh hukuman mati mandatori: Tinjauan awam akan dibuat
Tinjauan awam itu akan dilaksanakan sebelum usul pindaan dibentangkan pada Oktober ini.

Iqbal dicemuh kerana bercita-cita 'ganti' Justin Bieber menyanyi di konsert
Iqbal memberitahu dia sedia menggantikan Justin Bieber menyanyi untuk rakyat Malaysia berikutan konsert artis antarabangsa itu ditunda.

Stephen Rundi Naib Presiden Kanan PBB yang baharu
Dr Rundi yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak, mengisi jawatan berkenaan untuk kuota sayap Pesaka, menggantikan bekas ADUN Tebedu, Datuk Seri Michael Manyin Jawong.

Kongres PKR ditunda 16, 17 Julai - Saifuddin
Keputusan dibuat selepas meneliti beberapa dapatan dan syor berhubung proses aduan terutama bagi Pemilihan Keadilan 2022.

GLIC/GLC diyakini jadi pemangkin matlamat kemampanan Malaysia - Tengku Zafrul
Kementerian Kewangan yakin kedua-dua sektor awam dan swasta akan memainkan peranan mereka masing-masing dan menyumbang kepada kejayaan usaha kemampanan dan matlamat Malaysia pada masa depan.

PRU15: SUPP hampir pasti tidak pertaruh ADUN, beri peluang muka baharu - Dr Sim
Jelas Dr Sim berkemungkinan besar ADUN dari SUPP tidak bertanding untuk kerusi parlimen kerana parti itu mempunyai ramai individu yang mahu menyumbang dan memikul tanggungjawab wakil rakyat.

PDI dari Indonesia tidak tiba, PAPSMA cadang kerajaan cari alternatif dari negara lain
Kerajaan tidak boleh hanya melihat Indonesia sebagai sumber untuk menyelesaikan masalah kekurangan pekerja asing dalam negara.