awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ASUS mungkin hasilkan memori sendiri untuk kekalkan harga peranti
Najib bukan orang kampung hingga boleh dikelirukan pengurusan 1MDB - Hakim
ChatGPT mula uji paparan iklan, langkah persediaan jana pendapatan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis dedah identiti suspek Macau Scam larikan diri dari Ibu Pejabat SPRM

Fareez Azman
Fareez Azman
16/10/2020
02:04 MYT
Polis dedah identiti suspek Macau Scam larikan diri dari Ibu Pejabat SPRM
Suspek dikenali sebagai Goh Leong Yeong, 32, beralamat di Blok 25B2-5-8 Miharja Condo, Jalan Cheras, Kuala Lumpur. -Foto ihsan PDRM
KUALA LUMPUR:Polis mendedahkan identiti suspek terlibat dalam Macau Scam yang melarikan diri selepas dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed, suspek dikenali sebagai Goh Leong Yeong, 32, beralamat di Blok 25B2-5-8 Miharja Condo, Jalan Cheras di ibu negara.
"Suspek ini dikehendaki bersabit siasatan melibatkan tiga kes di bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terlibat dalam penganjuran judi online di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
"Suspek telah melarikan diri sebaik sahaja dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana terlibat dalam kes Macau Scam baru-baru ini," katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.
Polis dedahkan identiti suspek Macau Scam larikan diri di Ibu Pejabat SPRM
Kenyataan Media PDRM mendedahkan identiti suspek Macau Scam yang meloloskan diri dari Ibu Pejabat SPRM baru baru ini. Gambar: Ihsan PDRM
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras Deputi Superintendan Ahmad Zamri Jal di talian 012-8993622 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Faizal Asuar di talian 017-3126411.
Kejadian berlaku pada 11 Oktober lalu di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, selepas suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Suspek dilihat menaiki kenderaan jenis Vellfire bersama peguamnya dan dua pengawal peribadinya.
Bagaimanapun setibanya di pagar utama bangunan berkenaan, tangkapan semula terhadap suspek oleh pihak polis bagaimanapun gagal selepas mendapati suspek tiada dalam kenderaan berkenaan.
Pemeriksaan Kamera Litar Tertutup (CCTV) mendapati suspek telah bertindak memanjat pagar untuk meloloskan diri dibantu dengan dua pengawal peribadinya sebelum menaiki sebuah lagi kenderaan yang menunggunya di luar pagar.
Topic Berkaitan
#SPRM
#CCTV
#Kuala Lumpur
#Bukit Aman
#Cheras
#Putrajaya
#Suspek Macau Scam Larikan Diri
#jenayah
#Suspek panjat pagar
#Ibu Pejabat SPRM
#Macau Scam
#siasatan
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan