awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imbuhan bersesuaian tingkat kualiti kerja PDRM

Sinar Harian
Sinar Harian
11/10/2023
01:30 MYT
Imbuhan bersesuaian tingkat kualiti kerja PDRM
Kadar gaji bersesuaian kos hidup semasa dilihat mampu meningkatkan kualiti kerja dan disiplin anggota serta pegawai PDRM. (Gambar kecil: Muhammad Shafiq Izwan) - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Kadar gaji bersesuaian kos hidup semasa dilihat mampu meningkatkan kualiti kerja dan disiplin anggota serta pegawai PDRM.
Setiausaha Agung Persatuan Veteran Polis Malaysia (VPOL), Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos berkata, pihaknya menyokong penuh usaha dan inisiatif proaktif Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain untuk mengkaji dan mencadangkan penambahbaikan yang perlu melibatkan skim gaji polis terutama pegawai rendah polis (PRP).
Menurutnya, gaji asas konstabel polis RM1,441 yang berada di bawah paras panduan gaji minimum RM1,500 diumumkan kerajaan wajar dikaji semula.
“Cadangan yang disampaikan KPN bersesuaian dan bertepatan misi kerajaan yang mahu mengurangkan jurang ekonomi antara rakyat berpendapatan rendah serta tinggi.
“Saya melihat daripada perspektif PDRM yang melakukan pelbagai penugasan dalam menjamin keselamatan dan keamanan di dalam negara,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.
Jelas beliau, kadar gaji asas wajar ditambah baik selaras amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu tindakan membasmi kemiskinan dilaksanakan secara serius dan bersesuaian konsep Malaysia Madani.
“VPOL juga mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji skim gaji PDRM secara menyeluruh.
“Ia perlu melihat kepada tempoh masa penugasan dan cabaran penugasan semasa termasuk cabaran ekonomi dihadapi pegawai polis dalam menjalankan tugas mencegah jenayah dan menjamin keselamatan rakyat,” katanya.
Menurutnya, hasil kajian dapat membantu kerajaan meningkat lagi kualiti kerja, disiplin dan integriti pasukan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gaji polis
#gaji konstabel
#skim gaji
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan