MACHANG: Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) menafikan imej kesan aktiviti pembalakan hutan dirakam dron yang tular semalam, berdekatan dengan lokasi habitat harimau atau perkampungan Orang Asli di Pos Bihai, Gua Musang.
Pengarah JPNK, Abdul Khalim Abu Samah berkata imej yang diambil menggunakan dron oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menampakkan seolah-olah jaraknya berdekatan, namun sebenarnya jarak itu adalah jauh antara lima hingga enam kilometer dari lokasi serangan.
"Saya nasihatkan orang ramai supaya tidak memanipulasikan imej tersebut kerana lokasi pembalakan bukan berdekatan dengan habitat harimau atau lokasi serangan binatang buas itu.
"Hasil semakan mendapati, lokasi kejadian serangan harimau iaitu Pos Bihai merupakan kawasan penempatan Orang Asli yang berada di luar Hutan Simpanan Kekal (HSK) Perias," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Taman Eko Rimba Bukit Bakar yang disempurnakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media mengenai dakwaan NGO yang merakam satu imej menggunakan dron untuk mengesan aktiviti pembalakan di kawasan habitat harimau yang terletak berdekatan dengan perkampungan Orang Asli di Pos Bihai, Gua Musang.
Mengulas lanjut, Abdul Khalim berkata sebahagian besar Hutan Simpan Perias merupakan hutan pengeluaran dan terdapat beberapa kawasan pembangunan ladang hutan (bekas lesen) di sepanjang laluan ke Pos Bihai yang telah diwartakan sebagai Hutan Perlindungan (Hutan Tadahan Air) oleh kerajaan negeri pada tahun 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 17 2022
Rakaman satu imej menggunakan dron untuk mengesan aktiviti pembalakan di kawasan habitat harimau yang terletak berdekatan dengan perkampungan Orang Asli di Pos Bihai, Gua Musang. Foto/Sinar Harian/Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa)
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Kemelut Tanah Aina: ‘Saya dilayan seperti musuh kerajaan negeri’ - Shariffa Sabrina
Shariffa Sabrina mendakwa, ia sebahagian balasan ke atas kenyataan beliau dahulu, yang mengkritik projek pembalakan di kawasan itu.
Orang Asli Lojing buat laporan polis dakwa penerokaan tanah berleluasa
30 Orang Asli dari tiga penempatan di sini membuat laporan polis, kerana mendakwa berlaku pencerobohan tanah berdekatan penempatan mereka, yang dikatakan semakin berleluasa sejak tiga bulan lepas.
Jabatan Perhutanan henti sementara pembalakan berhampiran Tasik Kenyir - Exco
Sulaiman berkata, aktiviti pembalakan di kawasan itu difahamkan telah dihentikan sebaik sahaja isu pencemaran dilaporkan.
Air terjun di Tasik Kenyir keruh bukan disebabkan pembalakan
Situasi itu berlaku akibat hujan lebat dan aliran lumpur dari bukit yang turun memasuki tasik dan sungai di kawasan berkenaan.
Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak - Ku Li
Beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lama.
Saman RM60 juta: "Cubaan untuk menghalang pendedahan saya" - Husam Musa
"Insya-Allah saya bertanggung jawab di atas dakwaan dan pertanyaan saya berkaitan kes kecurian balak di kompartmen terbabit." - Husam Musa
Syarikat pembalakan, pemilik fail saman RM60 juta terhadap Husam
Mereka menuntut ganti rugi sebanyak RM60 juta di atas dakwaan berbaur fitnah berkaitan isu pembalakan di hutan simpan kekal (HSK) Nenggiri, Gua Musang.
Isu pembalakan: NGO dakwa lebih 600,000 ekar hutan diteroka
Anggaran keluasan penerokaan itu diperolehi hasil semakan selain pemantauan melalui imej satelit, dron serta peranti lain.
Kelantan batal kontrak, tender semula 12,000 hektar projek ladang hutan
Kerajaan Kelantan bertindak membatalkan kontrak ladang hutan melibatkan kawasan seluas 12,000 hektar berikutan terdapat syarikat yang menandatangani perjanjian gagal mengusahakannya.
Kerja penebangan pokok getah punca air keruh - JPNK
Kerja-kerja penebangan dilakukan terhadap pokok-pokok getah tua di mana pihak FELCRA akan menjalankan projek tanaman semula.