awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen buka kaunter khas untuk kelancaran dokumentasi jemaah haji

Bernama
Bernama
19/05/2023
14:28 MYT
Imigresen buka kaunter khas untuk kelancaran dokumentasi jemaah haji
Pelaksanaan 'Makkah Route' membolehkan bakal jemaah haji Malaysia ke Mekah tanpa perlu melalui prosedur yang memakan masa setibanya di lapangan terbang negara itu. - Gambar Bernama
SEPANG: Jabatan Imigresen akan membuka 10 kaunter khas mulai Ahad ini hingga 21 Jun bagi melancarkan proses dokumentasi jemaah haji Malaysia, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh.
Bercakap pada sidang media selepas melakukan tinjauan di kaunter berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, Ruslin berkata seramai 30 anggota imigresen akan ditugaskan secara syif sepanjang tempoh tersebut.
"Pembukaan kaunter khas di Gate C17 ini adalah suatu inisiatif bagi memberi keselesaan kepada jemaah haji tanpa perlu bersesak-sesak dengan penumpang lain. Ini termasuk dalam Program Pra-Pelepasan Jemaah Haji atau 'Makkah Route' yang melibatkan Jabatan Imigresen dan kastam Arab Saudi," katanya.
Katanya, seramai 31,600 jemaah haji Malaysia akan berangkat ke Arab Saudi melalui 102 penerbangan mulai Ahad ini.
Pelaksanaan 'Makkah Route' membolehkan bakal jemaah haji Malaysia ke Mekah tanpa perlu melalui prosedur yang memakan masa setibanya di lapangan terbang negara itu.
Menerusi inisiatif itu, anggota imigresen Arab Saudi yang berada di kaunter di KLIA bagi program itu akan memeriksa pasport jemaah haji dan apabila tiba di lapangan terbang Madinah atau Jeddah, jemaah haji Malaysia tidak perlu lagi menunggu proses imigresen dan kastam di negara itu.
Malaysia merupakan negara pertama yang terpilih untuk melaksanakan program perintis bagi inisiatif 'Makkah Route' pada 2017 dan ia diteruskan hingga kini.
Ruslin berkata beliau amat berpuas hati dengan tahap persediaan anggota dan peralatan di kaunter terbabit dan akan ditambah baik sekiranya diperlukan kelak.
"Kita tidak mahu jemaah haji sesak di kaunter khas kita dan menyebabkan urusan imigresen di pihak Arab Saudi terganggu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kastam
#jemaah haji
#Imigresen
#KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan