awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen gempur deretan kedai warga asing di Segambut Dalam

Bernama
Bernama
24/07/2024
11:01 MYT
Imigresen gempur deretan kedai warga asing di Segambut Dalam
Wan Mohammed Saupee berkata mereka yang ditahan berusia lingkungan 25 hingga 60 tahun melibatkan lapan warga Indonesia, dua rakyat Bangladesh dan seorang dari India. - Foto: Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menggempur deretan enam premis perniagaan di Kampung Masjid Jalan Segambut Dalam di sini hari ini dan menahan 11 warga asing termasuk seorang pemilik premis.
Pengarah Jabatan Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata mereka yang ditahan berusia lingkungan 25 hingga 60 tahun melibatkan lapan warga Indonesia, dua rakyat Bangladesh dan seorang dari India.
"Kesemua penjaga premis, sembilan lelaki dan seorang wanita, didapati melakukan pelbagai kesalahan Imigresen antaranya seperti tiada dokumen perjalanan, pas tamat tempoh dan tinggal lebih masa," katanya kepada pemberita selepas operasi yang bermula 3 petang tadi dan tamat sejam kemudian.
Sementara itu, beliau berkata pemilik premis yang ditahan merupakan wanita warga Indonesia disyaki menjalankan perniagaan menggunakan lesen milik warga tempatan.
Mohammed Saupee berkata enam premis yang diserbu melibatkan kedai makan, kedai runcit dan kedai telekomunikasi serta mempunyai lesen perniagaan namun dikendalikan oleh warga asing.
Beliau berkata pihaknya melakukan pemantauan di lokasi berkenaan selama sebulan sebelum melakukan serbuan susulan video yang tular di media sosial lebih sebulan lepas.
Katanya lambakan peniaga warga asing di kawasan itu menimbulkan ketidakselesaan dan menjejaskan ketenteraman penduduk tempatan kerana pekerja warga asing sering membeli barangan di situ selepas bekerja.
"Adalah diingatkan warga asing tidak dibenarkan menjalankan perniagaan runcit dan menjaja," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imigresen
#warga asing
#Segambut Dalam
#Premis perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan